Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 May 2012 11:28 AM PDT KOTA TINGGI: "Saya terkejut melihat gadis itu terjun dan saya menjerit memintanya kembali ke tebing sungai. "Namun, tidak lama kemudian, saya dan beberapa penduduk melihatnya terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebelum hilang dari pemandangan," kata pekerja pasar raya, Osman Abdullah, 54, semalam.
Menurutnya, pada awalnya dia dan beberapa penduduk menyangka gadis itu mahu mandi sungai, namun terkejut melihatnya terus berjalan di air cetek.
Sementara itu, seorang lelaki mengesyaki mangsa yang hilang di sungai itu anak perempuannya berusia 16 tahun tampil ke tempat kejadian bersama isterinya.
Menurutnya, anak perempuannya itu juga gagal hadir ke sekolah, semalam.
|
Posted: 02 May 2012 11:00 AM PDT KUALA LUMPUR: "Kejadian ini kali keempat berlaku dan paling teruk sejak tahun lalu," kata Zalifah Jaafar, 54, seorang daripada 150 penduduk di Kampung Setia Jaya, Setapak, di sini, yang rumah mereka ditenggelami air sedalam 0.5 meter berikutan hujan lebat selama dua jam, petang semalam. Banjir disebabkan hujan lebat selama dua jam bermula 2.30 petang itu menyebabkan sebahagian daripada 150 penduduk terbabit dipindahkan ke Dewan Umno Kampung Setia Jaya.
Menurutnya, masalah banjir di kawasan itu ada kaitan dengan pelaksanaan projek perumahan atas bukit berhampiran kampung itu.
Mangsa lain, Siti Maznah Abdul Aziz, 53, berkata, paras air yang naik mendadak menyebabkan dia sekeluarga tidak sempat menyelamatkan barangan elektrik dan perkakasan rumah.
Sementara itu, penduduk di Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru, di Ampang, yang terjejas akibat banjir turut dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan