Jumaat, 25 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Najib diminta campur tangan

Posted: 25 May 2012 06:37 PM PDT

Nasional

PERDANA Menteri,  Datuk Seri Najib  Razak dan isteri,  Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari luar negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),  Sepang, semalam. Turut sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri).

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari luar negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam. Turut sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri).

Hubungan baik PM, Raja Arab Saudi diharap kekal kuota haji kita

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta campur tangan bagi memastikan Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota haji dari Malaysia pada tahun ini.

Langkah itu kerana Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari negara ini berikutan perhimpunan BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata hubungan baik antara Perdana Menteri dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud diharap dapat menangani isu berkaitan kuota haji ini.

"Saya minta Perdana Menteri bantu kita dan campur tangan dengan hubungi Raja Abdullah dan Kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini dikekalkan kerana semua persiapan sudah dibuat.

"Setakat ini, penerbangan, penginapan dan sebagainya yang sudah disiapkan, biasanya awal Ramadan sudah sampai makluman kepada kita dan sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing.

"Jika kuota ini dalam proses tidak menentu, ia akan merencatkan persiapan yang sudah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini, semalam.
Sebelum ini, Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa kecewa dengan tindakan rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan haram di Makkah dan Madinah, 26 April lalu.

Dalam nota itu, Arab Saudi meminta kerajaan memastikan dan melarang rakyat Malaysia tidak lagi menyertai atau menganjurkan apa-apa perhimpunan di negara itu.

Jamil Khir berkata, ramai jemaah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji tahun ini atau tidak berikutan kejadian yang mengundang perhatian serius Kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata, jumlah terkini jemaah yang memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji terhad kepada 28,000 orang saja.

Berikutan itu, katanya, beberapa langkah proaktif diambil termasuk dua kali mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, bagi membincangkan isu berbangkit antara kedua-dua negara, termasuk kuota haji.

"Fahad Al Rashid menegur tindakan penyokong BERSIH yang mengadakan perhimpunan di negaranya sambil menyifatkan ia adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.

"Duta Besar itu berkata, negara lain seperti Libya dan Mesir juga mempunyai masalah tetapi rakyatnya tidak membawa masalah itu ke negara luar, lebih-lebih lagi di tempat ibadat umat Islam," katanya.

Jamil Khir berkata, beliau juga akan menulis surat berkaitan kuota haji jemaah Malaysia kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Haji, TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman minggu depan.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyampaikan harapan Malaysia supaya perhimpunan BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah bulan lalu tidak mencemarkan nama baik negara.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal ketika menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri 'Friends of Yemen' pada 23 Mei lalu.

"Diharap kejadian terasing dilakukan segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu tidak akan mencemarkan nama baik rakyat dan Malaysia," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sapar bin salio

apa yg berlaku telah berlaku tindakan yang dibuat oleh pelajar yang membuat langkah silap dengan bersemangatkan bersih 3 adalah yang tergolong dari yan mereka cuba nak tonjol diri mereka berpengaruh sebenarnya ridak mereka silap kenapa tak balik saja dan join bersih kat kl kan lebih baik jika niat nak berpolitik harap apa yang berlaku ibarat nasi dah jadi bubur jika tindakan Kerajaan Arab membatalkan Jemaah Haji Malaysia bagi mengerjakan Haji Tahun ini tak ada yang perlu dapat dibuat Campur Tangan PM hanya satu matlamat politik bagi mengatasi perkaravyang akan diambil tindakan oleh Kerajaan Arab. Jika ini berlaku kesilapan dan kesalahan hendaklah didokong oleh Penganjur Bersih, Jemaah Haji yang dibatalkan Kerja Haji Tahun ini setidak tidak nya dapat menyedari apa yang dilakukan oleh sebilangan kecil Badan Penganjur Bersih 3 yang membuat demo kat Negara Arab atas kehendak siapa. Apakah atas diri sendiri atau Penganjur. Buruk dab baik kita Kat Malaysia yang menerima kebodohan pelajar kita yang berdemo di negera arab. mereka setidak tidaknya telah menghancur niat ibu bapa yanbg akan mengerjakan haji tahun ini. Apa yang diharapkan pembatalan jemaah haji malaysia ketanah suci oleh Kerajaan Arab tidak berlaKU, MARI LAH KITA PANJATKAN HAJAT SEMOGA YANG DIRENACANAKAN BERTAHUN TAHUN TIDAK TERGENDALA, JIKA BERLAKU JUGA PEMBATALAN JEMAAH HAJI MALAYSIA, SEMUA ITU ATAS KELEMAHAN KITA YANG BUTA HATI TIDAK BERFIKIR BERBUAT SESUATU LUAR DARI KAWASAN NEGERA ADALAH SATU KESILAPAN BESAR.

mohamadbakhari

Tak lama dulu ada rakyat Amerika mencadangkan Mekah da Madinah diserang dan dihancurkan.Maka seluroh umat islam dunia mengutoknya termasuk lah lambang bulan.

Atas tindakan mereka yg dungu ni org lain jadi susah. Itu pun ada manusia yg menyokong mereka lagi, Heran n ajaib.

King Jack Swagger

Jijik dengan kejahilan orang-orang yang mengotorkan kesucian tanah haram dengan agenda haram diorang. Apapun semoga mereka nie kembali ke jalan yang lurus dan diredhai sekembalinya dari mekah.. Ameeen..


Guaman percuma peniaga rugi akibat BERSIH

Posted: 25 May 2012 06:37 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Lebih 100 peguam menawarkan khidmat guaman percuma kepada peniaga yang mahu menuntut ganti rugi terhadap penganjur perhimpunan BERSIH.

Sehubungan itu, peniaga mengalami kerugian sepanjang Perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 boleh menghubungi wakil peguam di Restoran Sekinchan Ikan Bakar cawangan Gombak, mulai Isnin ini.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunos, berkata mereka boleh mendaftar dan mendapatkan khidmat nasihat peguam mulai jam 10 pagi hingga 4 petang setiap hari. Beliau berkata, peguam berkenaan, termasuk daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) akan membantu peniaga mengambil tindakan menerusi saluran undang-undang terhadap penganjur perhimpunan kerana menyebabkan kerugian besar.

"Saya dimaklumkan lebih 1,000 peniaga berminat mendapatkan khidmat guaman percuma itu. Kita jangkakan lebih ramai mendaftar," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Jamal yang juga Penganjur BERSIH 4.0 Cintakan Keamanan berkata, sehingga kini rakan Facebook BERSIH 4.0 yang menawarkan kereta mewah bernilai hampir RM2 juta, sudah melebihi 500 orang.

Beliau berkata, rakan Facebook BERSIH 4.0 juga berpeluang memenangi motosikal Modenas sumbangan peniaga Cina yang menyokong programnya.
"Hadiah itu disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan orang ramai untuk menjadikan negara ini bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 150,000 orang membanjiri Perhimpunan Perniagaan pada 23 Jun di Stadium Bukit Jalil, di sini.

"Berikutan rancangan membuka gerai di depan rumah penganjur BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga gagal kerana menghormati undang-undang, saya menyeru peniaga dan penyokong supaya mengunjungi perhimpunan itu nanti," katanya.

Seorang peguam, Zahrin Ishak, berkata pihaknya menawarkan khidmat guaman percuma kerana ia antara tanggungjawab sosialnya membantu pihak memerlukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan