Sabtu, 26 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pemandu trak tunda maut ditikam

Posted:

Pemandu trak tunda maut ditikam

Pemandu trak tunda maut ditikam

MAYAT Meena Kumar (dalam bulatan) terbaring di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu trak tunda sambilan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan manakala dua jarinya putus selepas dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki berhampiran Jalan Song Ban Kheng, dekat sini semalam.

Mayat Meena Kumar, 40, yang berasal dari Ujung Batu dekat sini dijumpai di tepi jalan oleh orang awam kira-kira pukul 3 pagi.

Mangsa yang juga pemilik sebuah kedai mencuci kereta dikatakan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan terbabit.

Bapa kepada dua anak itu dikatakan keluar minum bersama beberapa rakannya di Seberang Jaya, dekat sini pada pukul 10 malam sebelum dia dihubungi seseorang yang mahukan perkhidmatan tunda kereta.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, mangsa kemudiannya bergegas ke tempat kejadian di Taman Kimsar, dekat sini dan sebaik tiba terdapat sebuah kereta bersama sekumpulan lelaki di situ.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita Malaysia dipercayai jual ovum

Posted:

Wanita Malaysia dipercayai jual ovum

Wanita Malaysia dipercayai jual ovum


SPERMA boleh mencecah harga RM900 sebotol kecil manakala ovum kadangkala berharga RM100,000.


KUALA LUMPUR - Fenomena jual beli ovum dan sperma untuk mendapatkan anak dipercayai turut dilakukan rakyat negara ini.

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM), Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada klinik kesuburan dan hospital swasta di negara ini yang menjalankan perniagaan itu untuk meraih keuntungan.

"Harga sebotol kecil air mani lelaki di pasaran antarabangsa boleh mencecah antara RM650 hingga RM900 sebotol, bergantung kepada etnik, bentuk fizikal, latar belakang pendidikan dan kesihatan penderma. Ovum wanita pula pernah dijual sehingga RM100,000," katanya.

Beliau diminta mengulas isu urus niaga sperma dan ovum di dunia yang dilaporkan mencecah nilai berbilion ringgit setahun. Denmark, misalnya, merupakan pembekal sperma terbesar dunia dengan mengeksportnya ke beberapa negara seperti Kanada, Kenya, Paraguay dan Hong Kong.

Sperma dan ovum mendapat permintaan tinggi daripada pasangan gay dan lesbian, wanita yang enggan berkahwin, serta wanita yang sudah menopaus tetapi mahukan anak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Terlepas pelaburan RM20 juta kerana Bersih

Posted:

Terlepas pelaburan RM20 juta kerana Bersih

Terlepas pelaburan RM20 juta kerana Bersih


KEKECOHAN semasa perhimpunan Bersih 3.0 menyebabkan pelabur menangguhkan hasrat melabur di Kuala Lumpur.


PUTRAJAYA - Kuala Lumpur terlepas peluang pelaburan RM20 juta selepas pelabur Korea Selatan menangguhkan hasratnya itu berikutan kekecohan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ahli perniagaan tersebut menemuinya dan menyatakan hasrat untuk melabur di Kuala Lumpur namun menangguhkan niatnya selepas melihat keganasan yang berlaku.

"Selepas Bersih, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusannya tetapi jawapan diberi 'tidak sekarang' selepas melihat menerusi televisyen keadaan tidak menentu di ibu negara," katanya selepas merasmikan majlis Segmen Luar Bandar di Himpunan Jutaan Belia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan