Rabu, 30 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki mati ditembak dalam kejadian samun

Posted:

Lelaki mati ditembak dalam kejadian samun

Lelaki mati ditembak dalam kejadian samun

30/05/2012 8:08pm

KUANTAN — Seorang lelaki mati ditembak dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Kemansor, dekat sini, semalam.

Wong Kum Chuan, 63, ditembak di bahagian perut dan disahkan mati dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, Wong yang menonton televisyen berseorangan terdengar bunyi bising di bahagian dapur rumahnya.

"Ketika itu isterinya berusia 60 tahun bersama dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan tidur dalam bilik.

"Kum Chuan kemudian ke bahagian dapur rumah untuk memeriksa dan terserempak seorang lelaki yang sedang memegang selaras senapang patah. Mangsa bergelut dengan suspek yang menceroboh rumahnya itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, lelaki terbabit melepaskan satu das tembakan dari jarak dekat yang mengenai perut Wong.

"Anak lelaki Kum Chuan yang terdengar bunyi tembakan itu bergegas keluar dari bilik dan mendapati bapanya terbaring berlumuran darah," katanya.

Beliau berkata, melihat anak lelaki mangsa, suspek mengarahkan anak lelaki mangsa menyerahkan wang tunai dan dia kemudian melarikan diri bersama wang tunai RM3,000.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.— BERNAMA

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur

Posted:

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur

30/05/2012 7:17pm

KUALA LUMPUR — Gangguan bekalan air dijadual berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur berikutan kerja penyelenggaraan dan menaik taraf perkhidmatan bekalan mulai 7 hingga 12 Jun.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan berkata pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang gangguan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air pada 7 Jun (Khamis) pukul 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya 8 Jun 2012 (Jumaat), berikutan kerja penggantian injap kupu-kupu 600 MM diameter di Glenmarie berhampiran Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur.—BERNAMA

Wanita cari abang hilang 9 tahun di Singapura

Posted:

Wanita cari abang hilang 9 tahun di Singapura

Wanita cari abang hilang 9 tahun di Singapura

30/05/2012 7:13pm

KUALA NERANG — Seorang lelaki yang berhijrah ke Singapura sembilan tahun lalu kini masih gagal dikesan oleh adiknya setelah dilaporkan hilang oleh majikannya di sana pada 2003.

Ai Tiang a/l Jok Kiau, 47, dilaporkan hilang setelah dua minggu tidak pergi bekerja. Ia juga tidak pernah kembali ke pangkuan keluarganya di Sik, Kedah selepas itu.

Adiknya Ee Coom a/p Jok Kiau, 31, berkata, dia dan keluarga menyedari kehilangan abangnya itu setelah majikan Ai Tiang menelefon bertanyakan sama ada dia ada pulang ke kampung. "Selepas mendapat panggilan, beberapa ahli keluarga saya telah pergi ke sana (Singapura) dan mendapati abang tiada di rumah sewanya.

"Ahli keluarga saya hanya menjumpai pasportnya manakala kad pengenalannya tiada. Dia tinggal seorang diri di rumah itu," katanya kepada pemberita di kampung Tanah Merah Siam, Pedu dekat sini hari ini.

Ee Coom berkata, keluarganya telah membuat laporan polis tentang kehilangan abangnya di Singapura tetapi sehingga kini belum mendapat maklum balas.

"Abang saya bekerja dengan syarikat kontraktor di sana dan kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada Januari 2002. Kemudian abang ada menghubungi keluarga kami selepas Raya Haji 2003 dan selepas itu dia terus senyap," kata Ee Coom.

Dia berkata, jika ada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai abangnya, boleh menghubunginya di talian 019-4427848.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan