MukaDepan
NOR Sofiah Ros, 14, (kiri) menyuapkan kek kepada Guru Agama, Abdul Halim Maidin, 53, sambil diperhatikan guru lain bagi sambutan Hari Guru 2012 di Dewan Besar SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling, Melaka, semalam. Guru-guru turut memakai uniform sekolah ketika hadir bagi tema pada sambutan itu. - Foto Rasul Azli Samad
24,053 pendidik naik pangkat bulan depanKUALA KANGSAR: Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, kerajaan memberi hadiah istimewa kepada 24,053 guru lagi apabila mereka dinaikkan pangkat selepas memenuhi syarat tempoh perkhidmatan mulai Jun ini.
Kenaikan pangkat bagi mengiktiraf sumbangan mereka mendidik anak bangsa itu, membabitkan 8,222 guru lepasan siswazah dan 15,831 lepasan diploma.
Guru siswazah menikmati kenaikan ke gred DG44 hingga DG54, manakala guru bukan siswazah dari GDA32 hingga DGA38. Selain itu, 3,085 pengetua dan penolong kanan yang memenuhi syarat, menikmati kenaikan pangkat secara berperingkat berkuat kuasa tarikh yang sama. Mereka terdiri daripada 430 Pengetua yang akan dinaikkan dari gred DG48 kepada DG52 dan 2,655 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Berita gembira itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, di Dewan Jubli Perak, di sini semalam.
Mereka boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai semalam.
Berucap di hadapan lebih 3,000 pendidik dari seluruh negara, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan memperuntukkan RM934 juta untuk melaksanakan semua urusan kenaikan pangkat berkenaan.
"Ini satu jumlah besar yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pengiktirafan kepada usaha guru membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul. Justeru, saya berharap kenaikan pangkat ini akan memberi semangat dan dorongan kepada guru untuk meningkatkan prestasi," katanya.
Muhyiddin berkata, kenaikan pangkat itu selaras usaha kerajaan menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan yang bertujuan meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan.
Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mac lalu mengumumkan perkhidmatan tempoh minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' atau tempoh perkhidmatan berasaskan kecemerlangan, dikekalkan.
Berdasarkan skim itu, guru siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk naik ke gred DG44, lapan tahun dari DG44 kepada DG48, enam tahun dari DG48 kepada DG52 dan tiga tahun dari DG52 kepada DG54.
Bagi lepasan diploma pula, memerlukan lapan tahun untuk naik dari DGA29 kepada DGA32, lapan tahun dari DGA32 kepada DGA34 dan lima tahun dari DGA34 kepada DGA38.
Sejak pengumuman itu, seramai 390 guru siswazah dinaikkan ke gred DG54, 676 gred DG52, 3,938 gred DG48 dan 19,805 gred DG44. Guru bukan siswazah pula seramai 399 dinaikkan kepada DGA38, 2,639 gred DGA34 dan 9,519 gred DGA32.
Muhyiddin berkata, proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 kepada DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48 juga telah dilaksanakan dan setakat ini, seramai 854 pengetua dinaikkan pangkat dari DG48 kepada DG52 dan 4,270 Penolong Kanan dari DG44 kepada DG48.
Katanya, kenaikan pangkat Pengetua dan Penolong Kanan itu membabitkan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Disember 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat adalah 1 Januari 2012.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
annacomel
bersyukur kerana mendapat penghargaan dari kerajaan..dg41 ke 44 8 tahun..dg44 ke 48 8 tahun..dari dg29 -32 lapan tahun ..dg32 ke 34 lapan tahun..tetapi bagaimana guru yang mengajar 13 tahun dalam dg29 dan 10 tahun dg41..setelah berkhidmat 23 tahun baru dg44 tangga kedua..sama sahaja dengan guru muda baru 10 tahun..silap2 bekas anak murid lagi ngajar sekolah yang sama...rasa macam terpinggir sahaja ni.
che azizah bt che esa
bersyukur yang tidak terhingga kerana dilahirkan di bumi malaysia dan kini mendapat nikmat dan rahmat yang tidak ternilai jumlahnya wallahuallam.terimakasih syukran jaziilan .
Anna Lee
kepada semua guru-guru terima kasih.kerana kamu kami berjaya hari ini..
sukri
Selamat naik pangkat dan jgn lupa pi mengundi..
pidah_idah
tahniah warga pendidik.muga terus menyumbang idea / inovasi pembelajaran dengan ikhlas / amanah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan