Harian Metro: Setempat |
‘Orang bawa saya lari’ Posted: 22 May 2012 01:22 PM PDT SEPANG: "Orang bawa lari saya..saya tak ingat," itu kata warga emas, Khatijah Ismail, 65, yang ditemui merayau di Medan, Indonesia, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi. Dia pulang dengan sebuah penerbangan bersama rombongan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghadiri mesyuarat di Medan pada jam 9 malam.
Sebelum ini Khatijah dilaporkan hilang di Kota Bharu, Kelantan, ketika menemani anaknya mendapatkan rawatan di klinik gigi pada 9 Mei lalu. Dia kemudian dikatakan mendapat pasport di Johor, seterusnya ke Batam dengan feri sebelum ke Medan. Perjalanannya dibantu pihak lain.
"Ibu mentua saya menghidap penyakit hilang ingatan dan kencing manis. Kami bersyukur dia pulang dengan selamat," katanya. |
Posted: 22 May 2012 01:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin. Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi.
Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.
Sumber berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mengugut untuk membunuhnya.
"Rayuan mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum merogolnya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan