Berita Harian: Mutakhir |
Kementerian Kewangan pantau prestasi MAS Posted: 27 May 2012 02:58 AM PDT Mutakhir IPOH: Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah, berkata kementeriannya akan memantau prestasi Malaysia Airlines (MAS) selepas menerima kertas cadangan bagi membaik pulih syarikat penerbangan itu.Beliau berkata, kertas cadangan itu mengandungi langkah yang akan diambil untuk menyelamatkan MAS dari kerugian berterusan. Katanya, perkara itu adalah hasil perbincangan antara kementeriannya dengan pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu, baru-baru ini. "Kami mahu tahu persiapan mereka bagi unjuran lima tahun akan datang. Kami mahu mengkaji dengan teliti rancangan mereka untuk lima tahun ini. Yang kedua, kami mahu mengetahui rancangan masa depan mereka."Kami berbincang dengan mereka dan mereka akan menghantar perincian supaya kami boleh perkembangannya dengan ketat," katanya selepas Majlis Perasmian Kedai Rakyat Spring Bandar, Kampung Tengku Hussien, Manjoi di sini, hari ini. Tambahnya lagi, langkah itu perlu bagi menyelamatkan MAS yang sebelum ini memutuskan tidak akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan Air Asia. "Justeru itu, sebaik saja menerima cadangan itu, pemantauan rapi perlu dilaksanakan segera bagi memastikan ianya menepati sasaran supaya MAS keluar daripada masalah kerugian," katanya.
|
China muncul juara Piala Thomas 2012 Posted: 27 May 2012 02:28 AM PDT [unable to retrieve full-text content]WUHAN: China muncul juara Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 selepas mengalahkan Korea Selatan 3-0 pada final di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, hari ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan