Isnin, 21 Mei 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Awas akaun Facebook palsu ketua Jabatan Siasatan Jenayah

Posted: 21 May 2012 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin mengecam individu yang menyamar sebagai beliau melalui akaun Facebook palsu.

Dalam kenyataan hari ini, Mohd Bakri menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai akaun Facebook sama ada secara peribadi atau atas kedudukannya sebagai pengarah jabatan itu.

"Saya mendapat tahu ada individu tidak bertangggungjawab mencipta akaun paslu Facebook atas nama saya dan menampalkan status palsu," katanya dalam kenyataan yang ditampalkan pada laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semakan terhadap rangkaian sosial itu menemui satu akaun Facebook yang menyamar sebagai milik Mohd Bakri Mohd Zinin dengan menggunakan kata-kata kasar dalam maklumat profil serta dindingnya dengan tujuan mencemarkan imej polis.


Berdasdarkan catatan log, akaun palsu itu dicipta Jumaat lepas dan setakat ini mempunyai 14 rakan yang disahkan.


Melalui kenyataan itu, Mohd Bakri juga mengingatkan orang ramai bahawa seseorang yang mencipta profil Facebook palsu untuk menyamar sebagai orang lain dan menimbulkan kemarahan orang berkenaan, boleh dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998. - BERNAMA


Malaysia mudah tundukkan Afrika Selatan 5-0

Posted: 21 May 2012 03:37 AM PDT

WUHAN: Malaysia meniti laluan mudah untuk menundukkan Afrika Selatan 5-0 dalam saingan peringkat kumpulan C kejohanan Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan perseorangan pertama republik itu Jacob Malieka 21-13, 21-10.

Beliau berkata meskipun menentang pasukan bukan pilihan, perlawanan pertama itu penting bagi para pemain negara mendapatkan suasana kejohanan.

"Perlawanan pertama ini juga untuk kami mengetahui keadaan sebenar stadium seperti kondisi pendingin hawa dan angin.


"Ini penting sebagai persediaan kerana esok kami akan menghadapi perlawanan yang sukar iaitu bertemu pasukan Denmark," katanya kepada wartawan Malaysia.


Perseorangan kedua negara, Liew Daren juga tidak menghadapi masalah untuk mengalahkan Willem Viljoen 21-11, 21-9 manakala perseorangan ketiga Muhammad Hafiz Hashim pantas mengenepikan cabaran Prakash Vijayanath 21-10, 21-8.

Beregu utama negara Tan Boon Heong/Koo Kien Keat pula menumpaskan beregu Afrika Selatan Dorian Lance James 21-8, 21-12 manakala Goh Wei Shem/Lim Khim Wah mengalahkan Prakash Vijayanath/Jacob Malieka 21-11, 21-14.

Sementara itu, Chong Wei berkata beliau sebagai perseorangan pertama serta Koo dan Tan sebagai beregu pertama 'wajib' menyumbang mata dalam perlawanan menentang Denmark esok.

"Esok adalah perlawanan yang sengit buat pasukan. Jadi kita mesti bersedia, mesti fokus, kerjasama dan buat sehabis baik," katanya.

Pertemuan Malaysia dengan Denmark, yang akan menentukan juara kumpulan C, dijangka sengit berikutan naib johan kumpulan dijangka diundi bertemu pilihan pertama China dalam peringkat suku akhir Rabu ini.

Denmark yang merupakan pilihan ketiga kejohanan membariskan perseorangan kelima dunia Peter Hoeg Gade, Jan O Jorgensen, Hans-Kristian Vittinghus, serta beregu Carsten Morgensen/Mathias Boe dan Mads Conrad-Petersen/Jonas Rasmussen. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan