Isnin, 2 Julai 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Malang pencuri buta IT

Posted: 01 Jul 2012 03:25 PM PDT

BALING: Akibat tidak mahir dengan peralatan canggih, tindakan dua lelaki melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda tanpa mematikan alat sistem pengesanan global (GPS), membawa padah apabila mereka ditahan di persimpangan lampu isyarat Pekan Baling, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.45 pagi apabila kenderaan Toyota Hilux yang dilarikan daripada pemiliknya di Sungai Siput Utara, Ipoh, Perak, dikesan berada di kawasan Baling sebelum dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan.

Berdasarkan maklumat, sepasukan anggota polis diketuai Pegawai Perisikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Baling, Inspektor Abd Aziz Mat Resof, menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun berkenaan selepas bergelut selama 10 minit.

Sumber berkata, sebelum itu kedua-dua suspek berkenaan dipercayai mencuri kenderaan terbabit jam 3.40 pagi sebelum memandu tanpa arah tujuan sehingga ke Alor Setar dan berpatah semula ke Pendang sebelum tiba di Baling.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Setuju pelawa penjaja sekitar

Posted: 01 Jul 2012 02:41 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Kami menyokong 100 peratus cadangan Keramat Mall dibuka kepada penjaja sekitar Keramat kerana yakin pasar ini mampu beroperasi dengan baik jika semua gerai yang ada dimiliki peniaga," kata Noor Aziah Mohd Nasir, 28, peniaga makanan ringan di Kompleks Perniagaan Keramat Mall.

Menurutnya, dia berharap peniaga baru bakal ditempatkan di pasar moden itu dapat memulakan perniagaan sebelum Ramadan sekali gus membantu peniaga sedia ada menambah pendapatan lebih pada bulan berkenaan.


"Jika dapat disegerakan kemasukan mereka, lagi baik kerana bukan pasar ini tak mampu 'berjalan' seperti pasar lain tetapi disebabkan tiada mahu berniaga di sini, orang ramai seolah-olah keliru datang kerana keadaannya suram dan tiada pengunjung.

"Malah, lokasi Keramat Mall juga strategik kerana terletak di kawasan perumahan dan pastinya pasar moden ini boleh maju seperti pasar lain yang ada di bandar raya ini," katanya.


Pendapat Noor Aziah dipersetujui Faridah Mohd Yatim, 31, yang menjalankan perniagaan makanan sejak Februari lalu di kompleks itu.


Menurutnya, keputusan kerajaan untuk membuka Keramat Mall kepada peniaga luar adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut dihadapi pasar moden itu sejak beberapa bulan lalu.

"Sejak lima bulan berniaga, sudah ramai datang bertanya kekosongan kedai di pasar ini. Justeru, saya berasakan keputusan kerajaan bertepatan kerana saya dapati ramai pengunjung terutama orang Melayu berminat mendapatkan tapak di sini.


"Yang diharapkan kerajaan perlu mengutamakan tawaran kepada penjaja sedia ada di sekitar Keramat dan penjaja Bumiputera. Kami tidak mahu satu hari nanti peniaga Melayu ditindas seperti berlaku sebelum ini," katanya.

Peniaga capati, Nur Hafiza Shamin Ahmad, 32, berkata tawaran itu patut diperluaskan kepada agensi kerajaan dan swasta seperti perkhidmatan perbankan dan kurier bagi membolehkan orang ramai berurusan di kompleks itu sekali gus membantu merancakkan lagi operasi pasar itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan