Rabu, 1 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Peluru kena mata tembusi kepala

Posted: 31 Jul 2012 01:35 PM PDT

JELI: "Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak," kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.


Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


Pengurus saman Hafiz

Posted: 31 Jul 2012 01:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja," kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.

Nur Haniza memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

Dia sebagai plaintif menamakan Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am iaitu RM100,000 kecederaan dan kesakitan, ganti rugi kehilangan RM50,000, ganti rugi teruk RM50,000, ganti rugi khas RM194, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pentas mengenali defendan menerusi kenalannya ketika menjalankan kerja berkaitan rancangan di bawah kelolaan Astro Holding Sdn Bhd.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/01


Tiada ulasan:

Catat Ulasan