Kosmo Online |
- Seorang peniaga didakwa mencuri dalam kereta
- Lima disabit kesalahan tipu pengeluaran KWSP
- Warga emas dijumpai mati dalam kenderaan
Seorang peniaga didakwa mencuri dalam kereta Posted: Seorang peniaga didakwa mencuri dalam kereta02/05/2012 7:09pm KUALA LUMPUR – Seorang peniaga hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan mencuri dalam kereta, Sabtu lepas. Meera Sahib Abdullah, 39, didakwa mencuri dua telefon bimbit, pemacu pena, cermin mata, dan dompet yang mengandungi wang tunai RM82 milik Chan Kar Mun, 19, yang kesemuanya bernilai RM2,200 dalam sebuah kereta di tempat letak kereta Jalan Telawi 5 Bangsar Pantai, Brickfields di sini pada pukul 3.30 pagi 28 April lepas. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mencuri telefon bimbit dalam kereta yang sama milik seorang lelaki, Tan Yuen Pin, 19, yang bernilai RM1,300. Bagi kedua-dua pertuduhan Meera Sahib didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membenarkan Meera Sahib diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula. – BERNAMA |
Lima disabit kesalahan tipu pengeluaran KWSP Posted: Lima disabit kesalahan tipu pengeluaran KWSP02/05/2012 7:07pm KUALA LUMPUR – Lima ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana menipu atau cubaan menipu pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini. Semua ahli terbabit telah didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 dan didenda berjumlah RM10,500 oleh mahkamah bagi kesalahan membabitkan pengeluaran perumahan KWSP. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, tindakan mahkamah itu membuktikan komitmen mereka dalam membanteras penipuan pengeluaran di kalangan ahli serta ketegasan polisi toleransi sifar terhadap sebarang bentuk penipuan. "Ahli diingatkan agar menjauhi segala bentuk penipuan pengeluaran memandangkan proses KWSP dirancang secara teliti bagi membolehkan KWSP mengesan ahli yang telah membuat penipuan pengeluaran walaupun selepas simpanan mereka berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA |
Warga emas dijumpai mati dalam kenderaan Posted: Warga emas dijumpai mati dalam kenderaan02/05/2012 7:05pm SHAH ALAM – Seorang warga emas ditemui mati dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di Seksyen 15 di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Tan Chi Keong, 66, seorang kontraktor. Mayat mangsa ditemui seorang pekerja alat ganti kereta yang baru selesai sarapan di restoran itu sebelum memulakan kerjanya di sebuah kedai berhampiran. "(Bila) saya nampak mangsa dalam kenderaannya saya fikir mangsa tidur dan saya terus bersarapan, selesai sarapan saya buka kedai majikan saya dan saya lihat mangsa masih berada di dalam kenderaannya," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an. Beliau kemudian mengetuk kenderaan mangsa, namun tiada respons dan selepas itu menghubungi pihak polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Mazlan Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan serangan jantung dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan