Harian Metro: Mutakhir |
Pentas utama di Kuantan Parade terbakar Posted: 01 May 2012 06:46 AM PDT KUANTAN: Pengunjung ke kompleks membeli-belah Kuantan Parade di sini berpusu-pusu keluar selepas sebuah pentas utama di tingkat bawah kompleks itu terbakar hari ini. Ketua Operasi Bomba Dan Penyelamat Balai Kuantan Saijidin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada pukul 6.12 petang.
Katanya, dua jentera dengan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.25 petang. Menurut beliautiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
|
Pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas semasa cari kepah Posted: 01 May 2012 06:19 AM PDT MARANG: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Marang dikhuatiri lemas ketika mencari kepah di Sungai Kerak, di sini, hari ini. Mangsa, Md Harith Iskandar Md Fuad Mahakim, 14, ketika kejadian bersama enam lagi rakannya turun mencari kepah selepas selesai menghadiri program gotong-royong di sekolah berkenaan kira-kira jam 2.45 petang.
Bagaimanapun, rakan mangsa Muhammad Amar Afiruddin Abd Aziz, 15, berkata selepas kira-kira 10 minit mencari kepah di sungai itu, mangsa tiba-tiba terjun ke dalam sungai. "Harith memang berhajat untuk mandi di sungai itu. Malah dia siap membawa bekalan dan baju. Kami sangkakan Harith pandai berenang namun sangkaan kami meleset apabila melihat mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan. Dia memang tidak pernah mandi di sungai berkenaan sebelum ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
"Itu sahaja yang terdaya kami bantu dan kemudiannya terus meminta pertolangan daripada orang kampung dan menelefon Bomba," katanya. Bapa mangsa, Md Fuad Mahakim Mustafa, 42, berkata kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya itu petang semalam ketika menemui mangsa di sekolahnya kerana anak lelaki tunggalnya itu tinggal bersama ayahnya (datuk) di Kampung Sungai Kerak itu. Katanya beliau terkejut dan sedih setelah dimaklumkan berita ini oleh ayahnya Mustafa Yusof, 65, sejurus selepas itu dan bergegas dari rumahnya di Losong, Kuala Terengganu ke tempat kejadian. Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Terengganu Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata usaha mencari mangsa dilancarkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang. Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh unit skuba Bomba terpaksa dihentikan pada jam 7 petang berikutan cuaca gelap dan akan disambung usaha mencari mangsa pada awal pagi esok. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan