Selasa, 1 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Gambar aksi ghairah tersebar

Posted: 01 May 2012 07:40 PM PDT

luqman

saya rasa terlalu banyak pendedahan perilaku pemimpin pembangkang, hingga sukar untuk di percayai, atas sebab tiada apa-apa tindakan, pengikut-pengikut PKR akan ketawa mengatakan ini hanya mainan kotor kerajaan walaupun apa yang tersiar itu benar, terlalu banyak cerita-cerita songsang tapi tiada sebarang tindakan, seolah-olah cerita itu memang rekaan semata-mata.

SPR pamer senarai daftar pemilih hari ini

Posted: 01 May 2012 03:36 PM PDT

Nasional

Pengundi boleh semak di 952 lokasi seluruh negara

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 lokasi seluruh negara selama dua minggu, mulai hari ini.

SPR dalam satu kenyataan, di sini memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serba guna/Rukun Tetangga/Balai raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34). Orang ramai juga boleh membuat semakan melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.
Menurut SPR sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar sudah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Warga yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

"Bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C tidak melebihi 20 orang," katanya.
Borang itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih itu dipamerkan.

"Jika ingin membuat bantahan, pastikan bantahan adalah berdasarkan kepada alasan kukuh dan tidak dibuat secara melulu," kata kenyataan itu.

SPR memaklumkan suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong daripada Daftar Pemilih yang hilang kelayakan seperti meninggal dunia dan lucut hak warga negara.

SPR juga akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti politik.

Untuk pertanyaan boleh hubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faksimili 03-88889117 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan