Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Pesara buka 'farmasi' tanaman

Posted:

Pesara buka 'farmasi' tanaman

Pesara buka 'farmasi' tanaman

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Abd. Rahman Omar menunjukkan baja dan racun yang diadun sendiri di Har Agric Enterprise di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 16 April - Keinginan untuk melihat petani-petani muda di negeri ini berjaya dalam bidang pertanian yang mereka ceburi membuatkan seorang pesara Jabatan Pertanian Negeri Kedah membuka sebuah pusat rawatan tanaman dengan menggunakan modal sendiri.

Abd. Rahman Omar, 58 berkata, pusat rawatan tanaman itu yang dikenali dengan nama Har Agric Enterprise yang terletak di Kuala Kedah di sini beroperasi sejak 2005 dan dia menggunakan ilmu yang diperoleh sewaktu bekerja dengan Jabatan Pertanian Kedah untuk membantu petani-petani merawat tanaman mereka.

"Saya mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian selama 33 tahun dan saya lihat banyak petani muda yang terlibat dalam bidang ini berhenti separuh jalan kerana tanaman mereka tidak menjadi.

"Saya sedih dengan perkara ini dan mengambil keputusan untuk membuka sebuah pusat rawatan tanaman bagi membantu petani mendapatkan hasil tanaman yang mampu memberikan pulangan yang setimpal dengan usaha mereka," katanya ketika ditemui di Har Agric Enterprise di sini hari ini.

Menurutnya, pusat rawatan tanaman itu boleh dikatakan sebagai farmasi untuk tanaman yang mempunyai masalah seperti tidak berbuah, diserang serangga dan lain-lain.

"Setiap pokok yang bermasalah perlu dirawat agar pokok tersebut dapat memberikan hasil kepada petani, namun kebanyakan petani mengambil keputusan untuk menebang pokok yang bermasalah.

"Di pusat rawatan tanaman ini, saya menawarkan bantuan untuk merawat semula pokok dengan menggunakan baja cecair yang diformulakan sendiri dan sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman bagi membantu ia berbunga dan mengeluarkan hasil.

"Petani hanya perlu mengikut proses yang telah diarahkan dan menunggu pokok mereka menghasilkan buah," jelasnya.

Selain itu, kata Abd. Rahman, Har Agric Enterprise juga menawarkan kursus penanaman cili, padi, durian, buah naga dan lain-lain untuk memberikan ilmu pengetahuan kepada petani agar mereka lebih mengenali tanaman mereka.

"Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kursus ini dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara merawat tanaman mereka boleh hubungi 019-4431200," katanya.

Jasa ambil inisiatif adakan program di seluruh Kedah

Posted:

Jasa ambil inisiatif adakan program di seluruh Kedah

Jasa ambil inisiatif adakan program di seluruh Kedah

OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


Abdul Aziz Sheikh Fadzir (barisan belakang, tengah) bersama orang ramai termasuk kanak-kanak memotong kek sempena program Prihatin 1Malaysia di Selama, Bandar Baharu, kelmarin.


BANDAR BAHARU 16 April - Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kedah akan memperluaskan penganjuran program Prihatin 1Malaysia (P1M) ke seluruh 14 daerah di negeri ini dalam tempoh terdekat bagi menjelaskan isu-isu kerajaan kepada masyarakat.

Pengarahnya, Shahrul Anuar Roze berkata, penganjuran P1M tersebut penting bagi membolehkan rakyat mengetahui dengan lebih mendalam rancangan dan dasar termasuk program transformasi kerajaan sekarang.

Beliau berkata, program tersebut akan diselitkan dengan acara sukan tradisional, pertandingan dan juga penglibatan kanak-kanak.

"Dalam tempoh dua bulan akan datang, kita akan perluaskan program P1M ini untuk membolehkan rakyat mengetahui lebih lanjut dasar kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan salah faham serta dimanipulasi maklumat olek pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup P1M kali pertama yang disempurnakan Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di Selama di sini semalam.

Shahrul Anuar berkata, selain bertujuan menyampaikan dasar kerajaan, P1M turut berperanan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

"Sambutan yang diberikan masyarakat dalam P1M di Selama ini amat menggalakkan dan kita yakin rakyat di kawasan lain juga akan menerima baik," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya menghargai usaha Jasa menganjurkan program untuk merapatkan jurang antara kerajaan dengan masyarakat.

"Dengan penglibatan Jasa, kita dapat lihat bahawa isu-isu kerajaan dapat diperjelas dengan baik dan ia mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Bayi derita tiada saluran najis

Posted:

Bayi derita tiada saluran najis

Bayi derita tiada saluran najis


Muhammad Anas Miqhael Salehuddin terpaksa memakai karung najis kerana dilahirkan tanpa lubang dubur dipangku oleh ibunya, Maizatul Shahida Jalil di Taman Cermai, Kubang Pasu, semalam.


KUBANG PASU 16 April - Seorang bayi berusia setahun lapan bulan terpaksa bertarung nyawa untuk terus hidup kerana tidak mempunyai saluran najis, pemakanan dan lubang dubur serta tanpa karung testis sejak dilahirkan pada 27 Ogos 2010.

Sehari selepas dilahirkan, kanak-kanak itu, Muhammad Anas Miqhael Salehuddin terpaksa menjalani pembedahan di perut untuk memasukkan tiub getah bagi menyusu dan mengeluarkan najis.

Ibunya, Maizatul Shahida Jalil, 29, berkata, menerusi tiub getah itu anaknya menyusu manakala untuk membuang air besar saluran najis dengan karungnya diletakkan di luar perut.

"Muhammad Anas ialah anak bongsu daripada empat beradik. Dia juga terpaksa menggunakan mesin sedutan sepanjang masa bagi menyedut air liur yang tersangkut pada saluran kerongkong memandangkan dia tidak mempunyai saluran pemakanan ke perut.

"Masalah yang dihidapi Muhammad Anas dimaklumkan doktor sebaik sahaja dia dilahirkan dan enam jam kemudian pembedahan dilakukan ke atasnya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di Taman Cermai di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya, Salehuddin Jaafar, 29, bekerja sendiri iaitu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan alat penghawa dingin dengan pendapatan tidak menentu antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.

Maizatul Shahida memberitahu, pendapatan itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan anaknya iaitu susu, lampin pakai buang, makanan tambahan dan karung najis yang melebihi RM700 sebulan.

"Kos yang tinggi diperlukan untuk anaknya dan ada kalanya suaminya tiada pendapatan langsung sekiranya tiada projek penyelenggaraan untuk dibuat," ujarnya.

Dia yang merupakan suri rumah memberitahu, ketika berusia lapan bulan iaitu pada April 2011 anaknya menjalani pembedahan kedua bagi menyambung saluran pemakanan dari kerongkong ke perut.

"Saya terpaksa memberinya makanan berbentuk jeli berperisa buah-buahan bagi memudahkannya makan.

"Awal tahun ini saya menghentikan memberi makanan itu kerana kosnya yang tinggi dan menukar kepada susu, bijirin, nasi dan roti," katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini diminta menghubungi Maizatul Shahida di 012-4057085 untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan