Isnin, 30 April 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

Posted:

Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

30/04/2012 8:38pm

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

"Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. – BERNAMA

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

Posted:

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

30/04/2012 8:35pm

PUTRAJAYA – Buku "A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan.

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90.

Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Dr Mahathir berkata, apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.

Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin.

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara. – BERNAMA

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

Posted:

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

30/04/2012 8:28pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap seorang wanita dan teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Islam Antarabangsa, Juliana Md Fuzi, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar," kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki.

Pada 14 Julai 2009, Noralina, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam, dan Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Juliana, 20, di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini antara pukul 10 malam 23 Mac 2007, dan pukul 8 malam hari berikutnya.

Mangsa adalah rakan Noralina. – BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen