Khamis, 26 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Posted:

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km

Sekitar Jalan Imbi di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Azam Tani bantu 7,632 keluarga miskin tegar

Posted:

Azam Tani bantu 7,632 keluarga miskin tegar

Azam Tani bantu 7,632 keluarga miskin tegar


NAJIB bersama Noh (kiri) dan Zahid (tengah) melihat buah rock melon pada pelancaran NBOS3 di Sepang semalam.


SEPANG – Seramai 7,632 peserta di bawah inisiatif Azam Tani yang menerima bantuan kerajaan bagi mengusahakan pelbagai tanaman kini memperoleh pendapatan lebih baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia merupakan salah satu kisah kejayaan kerajaan dalam membawa keluarga miskin tegar dan miskin keluar daripada belenggu kemiskinan.

Katanya, Azam Tani yang merupakan program di bawah 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan peluang ekonomi serta meningkatkan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah.

Katanya, kerajaan bukan sahaja berhasrat membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan buat seketika tetapi juga hidup berdikari.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Blue Ocean Strategy 3 (NBOS3) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

ATM nafi tuduhan Nizar

Posted:

ATM nafi tuduhan Nizar

ATM nafi tuduhan Nizar


NIZAR


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan