Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Tingkatkan hierarki mahkamah syariah

Posted:

Tingkatkan hierarki mahkamah syariah

KUALA LUMPUR 18 April - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) amat menyokong usaha kerajaan ke arah memartabatkan sistem perundangan syariah di negara ini dengan meningkatkan hierarki mahkamah syariah agar setaraf dengan mahkamah sivil.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, dengan adanya usaha tersebut secara tidak langsung akan melebarkan lagi profesion peguam syarie dan tidak terikat dengan kes-kes yang sedia ada sahaja.

Satu perkara yang perlu diberikan perhatian menurut Musa adalah mengenai pertambahan bidang kuasa mahkamah syariah, terutama bidang kuasa jenayah syariah.

Ini kerana bidang kuasa mahkamah syariah yang ada pada hari ini, kata Musa, hanya boleh menjatuhkan hukuman terhadap pesalah syariah dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan syariah tidak lebih enam kali.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bekas pemandu teksi bebas tuduhan cuba bunuh, rompak

Posted:

Bekas pemandu teksi bebas tuduhan cuba bunuh, rompak

KUALA LUMPUR 18 April – ''Buat masa ini, saya hanya ingin pulang ke kampung untuk bertemu keluarga''.

Demikian reaksi seorang bekas pemandu teksi ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Ampang, dekat sini hari ini selepas dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan cuba membunuh seorang penyelia kilang dan melakukan rompakan bersenjata terhadap seorang setiausaha, tujuh tahun lalu.

Nasib ternyata menyebelahi Mokhtar Mohd. Zin, 50, apabila dia pada 30 Mac lalu, turut dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada tuduhan membunuh seorang setiausaha sulit, Siti Shamiza Abu Zarim dalam kejadian sama yang berlaku di tempat letak kereta Pasaraya Giant, Batu Caves, Gombak di sini.

Tertuduh yang hadir ke mahkamah bersama isteri pertamanya tidak putus-putus melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peguam-peguamnya, Surjan Singh Sidhu dan Datuk Mohd. Hakimi Ab. Kadir.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan