Selasa, 24 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Serampang 3 mata TalentCorp

Posted: 24 Apr 2012 04:11 PM PDT

Nasional

NAJIB melihat buku Pelan Halatuju Bakat 2020 pada majlis pelancarannya di Putrajaya, semalam. Turut memerhatikan, Hishammuddin, Johan (dua dari kiri), Nor Mohamed dan Mohamed Khaled.

NAJIB melihat buku Pelan Halatuju Bakat 2020 pada majlis pelancarannya di Putrajaya, semalam. Turut memerhatikan, Hishammuddin, Johan (dua dari kiri), Nor Mohamed dan Mohamed Khaled.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Pelan Halatuju Bakat 2020 bagi merangka strategi untuk mengoptimumkan bakat di Malaysia, menjadi penarik dan pemudah cara kepada bakat global serta membina rangkaian terbaik memacu perubahan ekonomi negara.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri berkata, Talent Corporation (TalentCorp) akan menggunakan pendekatan serampang tiga mata bagi mendapatkan bakat terbaik dalam kalangan graduan yang baru memasuki alam kerjaya, terutama sektor membabitkan usaha sama awam dan swasta.

"Pertamanya, TalentCorp akan memupuk kesedaran graduan mengenai peluang kerjaya dan membantu peralihan daripada bidang akademik ke alam pekerjaan menerusi program perantis selain mengoptimumkan bakat sedia ada menerusi pengurusan strategik pelajar tajaan kerajaan," katanya pada perasmian Pelan Halatuju Bakat 2020, di sini semalam. Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican.

Menghurai lanjut, Najib mengumpamakan ETP sebagai 'kereta' dan Model Baru Ekonomi (MBE) adalah 'lebuh raya' yang perlu dilalui tetapi memerlukan 'pemandu' berbakat jika mahu mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sehubungan itu, katanya, Talent-Corp dan kementerian berkenaan akan menjalin kerjasama bagi menjana pertumbuhan bakat baru selain menarik minat bakat warga tempatan dan asing untuk datang bekerja di negara ini.

Pada majlis semalam, TalentCorp menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Antara lain permuafakatan TalentCorp dan KPT dengan kerjasama sektor swasta itu adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya dan program perantis yang ditawarkan syarikat tempatan.

Najib turut mengumumkan syarikat minyak dan gas, seperti ditakrifkan mengikut Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) 1967, kini boleh menikmati insentif potongan cukai berganda jika menawarkan struktur program perantis bertauliah yang diiktiraf TalentCorp.

"Selaras pengumuman ini, KPT akan bekerjasama dengan TalentCorp bagi memenuhi 12,000 peluang kerjaya di bawah struktur program perantis bertauliah, seperti iumumkan dalam Bajet 2012 sebelum ini.

"TalentCorp dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) juga menyelaras program meningkatkan kemahiran untuk graduan bagi memastikan semua latihan sumber tenaga kerja dilaksana mengikut keutamaan bidang kerja, yang dijangka memanfaatkan sekitar 10,000 graduan setahun dengan peruntukan RM200 juta membabitkan pelbagai kementerian," katanya.

Perdana Menteri juga mengumumkan, penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini akan dikehendaki mematuhi perjanjian dengan berkhidmat untuk negara sama ada di sektor awam atau swasta yang diluluskan untuk memastikan negara mendapat pulangan pelaburan ke atas 12,000 pelajar yang akan ditaja tahun ini yang membabitkan dana RM2.4 bilion.

Selain itu, Najib mengumumkan bahawa Pas Residen, hasil MoU antara KDN dan TelentCorp, bagi menarik golongan profesional, berbakat dan berkemahiran tinggi dari luar negara berkhidmat di sini akan dipanjangkan kepada usahawan yang terbabit dalam kegiatan berintensifkan pengetahuan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Jawatan mufti setaraf EXCO

Posted: 24 Apr 2012 04:08 PM PDT

Nasional

BANGI: Jawatan mufti akan dinaikkan taraf setara dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan akan menerima faedah yang sama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya, semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, EXCO agama dan Majlis Agama Islam negeri seluruh negara.

"Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh EXCO, kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan tinggi "Keputusan ini tidak akan membabitkan pertindihan tugas dengan EXCO agama kerana EXCO hanya bertugas memantau aspek pentadbiran dan aktiviti keagamaan, manakala bidang tugas mufti menjurus kepada penggunaan fatwa, hukum hakam, tauliah pengajaran dan aspek keagamaan yang lebih mendalam," katanya selepas sesi dialog bersama pelajar Diploma Pentadbiran Islam anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, proses naik taraf jawatan itu akan diuruskan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing.

Mesyuarat sama jelas beliau bersetuju menyelaraskan gred perjawatan timbalan mufti kepada S54 bagi memastikan kesinambungan jawatan itu tidak terputus apabila mahu dilantik sebagai mufti.

"Kalau kita lihat, gred perjawatan timbalan mufti sekarang ada pelbagai. Ada 44, 48 dan 52. Oleh itu apabila kita selaraskan, ia memudahkan proses pelantikan mereka sebagai mufti apabila tiba masanya. Usul dan persetujuan dicapai dalam mesyuarat ini dan negeri akan melaksanakan segala proses berkaitan berpandukan kepada peraturan yang ada," katanya.
Jamil Khir berkata urusan berkaitan kenaikan taraf itu sekiranya membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan dilakukan secara bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Jika ada (urusan) yang membabitkan JPA, kita akan bantu bersama JAKIM agar ia boleh melicinkan lagi proses kenaikan taraf ini," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


0 ulasan:

Catat Komen