Isnin, 23 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Wanita maut dihempap pokok rhu

Posted: 23 Apr 2012 04:24 AM PDT

ROMPIN: Seorang wanita yang sedang berkelah bersama keluarganya di Pantai Hiburan, dekat sini, maut selepas dihempap sebatang pokok rhu.

Mangsa, Norzuraini Rahim, 22, berasal dari Keratong mati di tempat kejadian akibat patah tengkuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Zainor Mujahidin Mat Yudin berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya berkelah di pantai berkenaan.

"Dalam kejadian itu mangsa dan keluarganya sedang berkemas-kemas untuk pulang setelah berkelah di situ.


"Tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga menyebabkan beberapa dahan pokok rhu patah dan tumbang, salah satu daripadanya telah menghempap mangsa," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Kata Zainor, mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Keratong pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Mohd Affandi Mansur berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 6 petang semalam.

Beliau berkata anggotanya tiba di tempat kejadian empat minit kemudian sebelum mendapati mangsa telahpun meninggal dunia akibat tersepit dihempap pokok tersebut.

"Anggota penyelamat terpaksa memotong batang pokok itu dan kita mengambil kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Seramai sepuluh anggota dan satu jentera terlibat dalam operasi itu," katanya. - BERNAMA




35 rumah papan musnah dalam kebakaran, 100 hilang tempat tinggal

Posted: 23 Apr 2012 04:22 AM PDT

KOTA KINABALU: Kira-kira 100 orang hilang tempat tinggal apabila kebakaran memusnahkan kira-kira 35 rumah papan di kawasan setinggan di Kingfisher River Side dekat sini kira-kira 11 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Affendy Ramin berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.07 pagi dan segera menggegaskan empat jentera bersama 28 anggota.

"Anggota bomba tiba pada 11.26 pagi dan berjaya mengawal api tujuh minit kemudian," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran itu masih disiasat. - BERNAMA




0 ulasan:

Catat Komen