Ahad, 22 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Siarkan maklumat isu alam sekitar yang tepat

Posted:

Siarkan maklumat isu alam sekitar yang tepat

Siarkan maklumat isu alam sekitar yang tepat

22/04/2012 6:36pm

KOTA MARUDU — Media, sama ada formal atau tidak formal, mempunyai tanggungjawab untuk menyebar dengan tepat maklumat mengenai isu alam sekitar yang memberi kesan kepada setiap orang, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Beliau berkata, media, termasuk media sosial yang sampai kepada pengikut yang lebih meluas, perlu tepat kerana maklumat yang salah dan mengelirukan boleh mewujudkan masyarakat yang tersalah maklumat.

Maximus berkata, orang ramai juga perlu mendapatkan penjelasan dan mengesahkan maklumat dengan pihak berkuasa dan pakar, sambil menambah terdapat maklumat dalam Internet yang sengaja diputarbelitkan untuk memainkan sentimen dan anggapan rakyat.

"Ini termasuk isu mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Beberapa fakta penting diputarbelitkan oleh pihak tertentu menerusi penggunaan Internet dan media sosial," katanya ketika menutup Program Kem dan Pendidikan Alam Sekitar selama tiga hari yang diadakan sempena Hari Perhutanan Sedunia dan Sambutan Hari Bumi di sini hari ini. — BERNAMA

Balas dendam dipecayai motif bunuh setiausaha

Posted:

Balas dendam dipecayai motif bunuh setiausaha

Balas dendam dipecayai motif bunuh setiausaha

22/04/2012 6:31pm

JOHOR BAHRU — Balas dendam mungkin motif di sebalik pembunuhan ngeri seorang setiausaha yang ditemui mati dengan kesan kelaran di leher dan tikaman di bahagian dada di rumahnya di Bandar Baru Permas Jaya semalam, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supt. Abdul Samad Salleh mengesahkan mangsa Kum Huey Lan, 46, pernah membuat laporan polis mengenai gangguan yang dilakukan oleh beberapa lelaki.

Beliau berkata, polis kini menyiasat kes itu daripada pelbagai termasuk sama ada laporan itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

"Masih terlalu awal untuk kita katakan sama ada mangsa mempunyai masalah dengan sesiapa atau meminjam duit dengan ah long," katanya kepada pemberita pada program Earth Day Ride di Taman Seri Austin di sini hari ini.

Polis percaya balas dendam adalah satu daripada motif pembunuhan kerana tiada petunjuk yang suspek memecah masuk rumah mangsa dan barangan kepunyaan mangsa juga tidak hilang, katanya.

Abdul Samad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi polis di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. — BERNAMA

Pendawaian baru bagi warga miskin Terengganu

Posted:

Pendawaian baru bagi warga miskin Terengganu

Pendawaian baru bagi warga miskin Terengganu

22/04/2012 6:29pm

KUALA TERENGGANU — Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Terengganu mengambil inisiatif membuat pendawaian elektrik semula rumah-rumah penduduk miskin di negeri itu bagi mengelak kejadian litar pintas.

Pengurus Besar TNB Terengganu, Ir. Md. Yuslan Md. Yusof berkata, dari Jan. sehingga April ini sebanyak 73 buah rumah telah diganti dengan pendawaian baru yang melibatkan perbelanjaan kira-kira RM150,000.

"Kita buat pendawaian itu untuk rumah orang miskin yang lama iaitu 15 tahun ke atas dari duit Tabung Zakat TNB yang dibayar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

"Maidam telah membenarkan satu perlapan dari duit berkenaan untuk membuat pendawaian dan juga membayar bil-bil elektrik tertunggak golongan miskin di Terengganu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Md. Yuslan berkata, pendawaian semula bagi setiap buah rumah melibatkan perbelanjaan antara RM2,000 dan RM3,000.

Beliau berkata, sehingga akhir tahun ini, TNB Terengganu dijangka membuat pendawaian semula melibatkan kira-kira 500 buah rumah selain membantu menyelesaikan bil tertunggak golongan miskin. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan