Sabtu, 28 April 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Warga emas tembak pencuri

Posted: 27 Apr 2012 12:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat lelaki yang cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields, di sini, bukan saja gagal, tetapi bernasib malang apabila seorang rakan mereka mati ditembak penghuni rumah berkenaan yang berusia 60 tahun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek memecah masuk rumah mangsa sebelum disedari mangsa yang juga ahli perniagaan yang memiliki lesen senjata api apabila terdengar bunyi bising.


"Mangsa memeriksa bunyi bising itu dan sebaik terserempak kumpulan penyamun yang bertopeng terbabit, dia melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai seorang daripada suspek.

"Bagaimanapun, tiga lagi suspek yang terperanjat dengan tindakan itu melarikan diri dan polis kini giat memburu mereka," katanya.


Katanya, penjenayah yang ditembak mati itu dikenali sebagai Adhitia, 37, yang berasal dari Jakarta, Indonesia, berdasarkan pasport yang ditemui bersama lelaki terbabit.


"Siasatan awal berdasarkan keterangan mangsa, kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk rumah menggunakan pemutar skru dan bersenjatakan celoret untuk menyamun mangsa.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan bersenjata dan polis giat memburu ketiga-tiga suspek yang melarikan diri," katanya.


1. RAMPAS...barang milik penjenayah yang ditembak mati seorang warga emas ketika rumahnya cuba disamun.

2. MAUT...penjenayah warga Indonesia yang maut ditembak ketika cuba menyamun sebuah rumah di Bukit Ledang, Brickfields di sini pagi, semalam.


Suami hutang along ugut jual anak

Posted: 27 Apr 2012 12:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bukan saja disepak terajang, seorang wanita berusia 25 tahun turut diugut bunuh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, Ahad lalu.

Lebih membimbangkan apabila suami mangsa berusia lewat 20-an itu turut mendakwa mahu menculik dan menjual dua anak mereka bagi melunaskan bayaran pinjamannya kepada along.


Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suami mangsa mengugut untuk menyebarkan gambar bogel isterinya yang dirakam ketika bersama jika mangsa tidak memberinya wang.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, suami mangsa yang berada dalam keadaan marah meminta wang daripada mangsa.


"Bagaimanapun, mangsa mendakwa tidak mempunyai wang menyebabkannya ditumbuk dan diterajang.


"Biarpun dirayu, suami mangsa memukul dan memaksanya menyerahkan wang," katanya.

Menurut sumber, mangsa yang bertegas tidak mempunyai wang menyebabkan suaminya mengugutnya.


"Lelaki terbabit mendakwa mahu membunuh mangsa, malah akan menjual dua anak mereka bagi melunaskan pinjaman along," katanya.

Katanya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suaminya sekali lagi mendakwa mahu menyebarkan rakaman video dan gambar bogel mangsa ketika mandi dan bersama dengannya.


"Tersentak dengan ugutan berkenaan, mangsa merayu suaminya itu sebelum diberi tempoh seminggu untuk menyediakan wang.


"Suami mangsa meninggalkan rumah sebelum mangsa menghubungi keluarganya untuk dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan dan tindakan lanjut.


0 ulasan:

Catat Komen