Jumaat, 27 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Nizar bohong

Posted: 26 Apr 2012 03:56 PM PDT

MukaDepan

Dakwa PM minta tentera buat sesuatu jika BN kalah PRU-13

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan. "Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini semalam.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin; Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Sementara itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi semalam mengakui beliau tidak mempunyai bukti ada pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pegawai tertinggi ATM untuk membincangkan isu politik, sebaliknya hanya mendengar khabar angin.

"Itu perkhabaran yang kita terima. Wallahualam, kita pun tidak tahu... jadi saya minta pihak berkaitan melakukan siasatan terhadap khabar ini. Sama ada mereka (Perdana Menteri dan Panglima dalam ATM) nak nafikan atau terima (khabar)... itu terserah," katanya.
Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada malam Isnin lalu mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.

Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuat naik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.

Zulkifeli juga berkata, seluruh warga ATM amat kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

"Kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.
Kebelakangan ini, wujud banyak pihak tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha meracuni pemikiran rakyat bertujuan menghakis keyakinan terhadap ATM dan kerajaan dalam usaha melindungi kepentingan politik mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung Perlembagaan dan bersikap profesional.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

aiman najmuddin

Dalam ucapan YB., apa yang disampaikan seolah-olah seperti YB sendiri yang berada pada perbincangan berkaitan. Sekarang lain pula. Inilah sikap kaki bangkang bukan pembangkang

odu

kenapala melayu skearang ni?

shmsuriyusof

orang klu dah meroyan gitulah...buat tuduhan melulu

rashid

jangan bercakap ikut sedap mulut wahai y.b. dari parti yang mendakwa islam. saya sokong pihak angkatan tentera membuat lapuran polis dan pihak keselamatan mesti mengambil tindakan pantas sekiranya ada bukti pembohongan. sebagai satu agensi yang menjaga keselamatan negara, imej angkatan tentera perlu dijaga. wahai nizar, dalam hadis ada menyebut apabila kamu mendengar sesuatu berita hendaklah kamu siasat ketepatan berita tersebut. sekali lagi saya ulang, jangan cakap ikut sedap mulut dan memalukan seluruh orang islam.

Tgk muka pun dah dia tu tukang putar belit alam... Ciss... Memalukan...

ct fatimah

tak habis2 buat havoc. berita yang belum tentu sahih di war-warkan. dah jadi fitnah. fitnah tu satu dosa besar datuk sri. nampak terdesak sangat pembangkang ni mengadakan isu yang tak wujud.

annacomel

memang meluat dengan pembangkang ni... apa komen PAS mengenai isu orang pembohong ...tentu puji kan? DAP usah komen lah..rasis no satu ....

AbdulWahid

tanda org Munafik ( salah satunya apabila bercakap dia berbohong )

abdullah

jgn libatkan ATM dlm ceramah politik anda krn kami juga mendukung demokrasi.. kami sentiasa menyebelahi majoriti.tiba masa anda memerintah,wat la apapun.tp buat masa skrg.. jgn byk sgt FITNAH

Mikabuna

Fitnah dahsyat akhir zaman. Dalam Islam kita diminta siasat dulu sesuatu berita, apatah lagi jika berita itu dibawa oleh orang munafiq. Wallahua'lam...

Bang Long

Mulut celupar..bakal terima pembalasan kelak.

Dah tak de bukti kenapa cakap?

USOP

siapakah nizar ini, meramal ATM akan terlibat dalam PR.tugas ATM adalah sentiasa menjaga keamanan negara, itu adalah hakikat jangan libatkan ATM dalam politik

anak tanah melayu

jgn sekali kali mejolok sarang-sarang tebuan yg lama mendiamkan diri...

Ruslin62

Pembangkang skrg dah tak ada modal dan idea tempoh masa yg diberi 5 tahun pun tak satu pun nampak hasil asyik nak cari salah orang lain. apa nak jadi nie.

abangaji BP

Inilah padahnya lidah tidak bertulang.....cakap memang sedap lebih-lebih lagi didepan penyokong pembankang yang fanatik.Diharap PM dan Panglima Angk.Tentera saman pihak yang mengeluarkan kenyataan tanpa bukti tu.....biar mereka serik.

hazmi

cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar, jangan suka-suka cakap ikut sedap mulut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.....

ubong riang

fitnah dan pembohongan adalah kerja pembangkang, tak takut pada undang2. tindakan tegas harus diambil.

Yangretibase

Dalam keadaan dan suasana genting negara pada masa ini, tiada apa yang mustahil yang cuba diusahakan oleh mereka yang berkepentingan.

sufi

Klu x pasti tentang sesuatu berita tu siasat dulu...pastikan kebenarannye..gunalah politik untuk memartabatkan islam wahai semua ahli politik beragama islam

shah

Itu le bila bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan akibatnya. Harap pihak tentera ambil tindakan undang undang terhadap Nizar

shah

Itu le bila bercakap ikut sedap mulut tanpa memikirkan akibatnya.Harap pihak tentera ambil tindakan undang undang terhadap Nizar

DINO

Tindakan tegas harus diambil jika pembohogan dan fitnah dari Dato Seri MOhamad Nizar Jamaludin jika benar kerana kenyataan tersebut melibatkan keselamatan Negara dan rakyat. Tiada kompromi.

NOR AZIAN SHARFADOR KHAN

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong diri sendiri yang rugi

kamal

PEMIMPIN YANG BAIK AKAN DITERIMA RAKYAT

shukri

Kepada DS Nizar, bercakaplah atas kebenaran, apalagi anda membawa imej islam. Bercakap benar itu dituntut didalam Islam. Amat dikesali apabila pemimpin yang membawa imej islam bercakap berdasarkan kepada khabar angin. Apa yang lebih penting diharap semua orang islam dapat menilai halatuju DS Nizar, islam ke lebih penting atau politik lebih penting. Fikirkanlah.

saifulrx7

Tahniah dan Terima kasih kepada pasukan polis & tentera.

saifulrx7

Kenapa sekarang ini saya lihat pihak yg berwajib memandang ringan terhadap hasutan dan khabar angin. kita tengok negara singapura......kalau lah ada yg buat sebegini mesti kena punya

suhaimi

Yb Nizar jgn cuba bangkit isu, cari cara lain utk ceramah,you last jd yb next time jaga tu pokok tempat you all bersidang tempoh hari.


Pemimpin kanan DAP bantah perhimpunan BERSIH

Posted: 26 Apr 2012 03:38 PM PDT

MukaDepan

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin PAS, DAP dan PKR sepakat menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 esok, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara terbuka menyatakan pendiriannya membantah perhimpunan itu.

Ahli Dewan Negara itu juga mendakwa tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.

"Walaupun daripada pembangkang, saya mengisytiharkan saya menentang demonstrasi jalanan berdasarkan prinsip. Kita mungkin sebahagian daripada parti atau pertubuhan tapi itu tidak bermakna kita perlu mengetepikan pendirian kita. Kita semua tidak patut buat begitu. Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita mesti bantah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. BERSIH bercadang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka esok walaupun lokasi itu tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tunku Abdul Aziz juga berkata, berdasarkan pengalamannya tinggal di beberapa negara, beliau menyaksikan sendiri perhimpunan yang dianjurkan banyak pertubuhan dan menyedari walaupun bermula dengan aman, ia akan berakhir dengan keganasan.

"Pihak yang menganjurkan perhimpunan itu kemungkinan tidak ada di situ. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan dan kerosakan? Kemungkinannya nanti adalah menyalahkan pihak berkuasa dan saya rasa ini tidak adil," katanya.

Beliau turut memberi contoh demonstrasi oleh pelajar di London tahun lalu yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan merugikan perniagaan.
"Apabila London ditawan penunjuk perasaan, negara itu berada dalam keadaan kacau bilau dan saya tidak mahu BERSIH 3.0 juga memberi impak yang sama kepada negara," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, perhimpunan berkenaan juga umpama mengajak rakyat melanggar undang-undang yang sepatutnya dihormati.

"Kita sepatutnya menjadi penggubal undang-undang dan saya rasa di sini ada percanggahan.

Saya menyokong untuk berhimpun jika ia tidak melanggar undang-undang dan saya menolak perkara yang melanggar undang-undang," katanya.

Beliau juga berkata, penganjur perhimpunan sepatutnya menerima pelawaan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih selamat.

"Sebenarnya mereka nak protes. Pentingkah di mana protes itu diadakan? Undang-undang membenarkan kita berhimpun tapi siapa yang akan menjaga keselamatan.

Justeru, apa juga yang kita lakukan, kita perlu berbincang dengan polis. Bila polis menasihatkan kita menukar tempat, mungkin kita patut adakan di tempat lain," katanya.

Beliau juga berkata, pandangannya itu bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Abdul Rashid Ahmad

Assalamualaikum. Wahai pemimpin PR dan sapa x 2 di bawahnya. Sedarlah. Apanila orang no 2 DAP memebri komen yang mmembina. Ikutlah nasihatnya. Khasnya anak-anak Melayu pelbagai pringkat supaya jangan hadir dlam sebarang bentok demo.Merugikan bukan sorang dua menangungnya satu Negara terpaksa menangung akibatnya.

mak bedah

syabas dan tahniah....berkata benar walau pn pahit...bukan hipokrit mcm pemimpin pembangkang yg lain..tinggi serban pn,klu x untung walaupn benar,,,nafikan aja.malu benar dgn pemimpin2 PAS...Pkr tu lain la,x leh pakai langsung..

Someone

Tapi, ada benar juga cakap MCA. Takkanlah naib pengerusi DAP boleh keluarkan kenyataan tanpa persetujuan daripada Pengerusi Karpal Singh dan Lim Kit Siang semua kan? So, apa pendirian sebenar DAP dalam Bersih ini sebenarnya? Sebab yang melalak kebanyakannya pengikut PAS PKR sahaja.

theanswer

org bagi stadium x nak gune..kenapa? nak jugak gune jalan. ganggu bisnes..ganggu aktiviti harian pengguna kawasan tu.

raziee

betul tu..perhimpunan spt ini jika d adakn d tmpt yg betul memang tiada salahnya kerna kita negara yg mengamalkn demokrasi berperlembagaan tp jika sebaliknya berhimpun d tmpt awam yg secara terang terangan d tegah pihak berkuasa adalh amat2 tidak wajar kerana hal ini pasti akan mengundang keganasan seterusnya kecederaan,kerugian yg tak sepatutnya berlaku...pihak penganjur sbnrnya punyai agenda tersirat dlm penganjuran bersih 3.0 ni...nasihat sy cegah sblm parah,ambil tindakan sewajarnya pd pihak yg terang terangan degil tegar ni!!

siputsedut

Dengar citer banayak anak muda melayu yang dah kena rasuk dek pembangkang untuk berhimpun.. 150% betul kata senator tu kalau dah ramai dah jadi lain pulak nafsu menguasai diri.. dari duduk dan bantah terus kejar dan serang jadinya percaya lah! Jadi jangan bagi muka!

TIBAI

TGN Aziz kata :WAJIB Hadir utk BERSIH.TAPI bila Maulud Nabi,depa kata BIDAAH..
Utk BERSIH,RAMAI puak2 depa datang,TAPI bila utk HIMPUN,X ramai pun puak2 depa mai..lagu mana tu??!!Semoga kemanan Malaysia terpelihara selamanya..

MYALMARAMIN

YB begini yg rakyat kita mahu bercakap berdasarkan pertimbangan "berani kerana benar" dan ada prinsipnya sendiri yg ingin disampaikan dan dipertahankan demi kebaikan rakyat.

kuhilmy

Tahniah dan syabas inilah pemikiran pemimpin yang kita perlukan, berkata perkara yang benar kadang kala amat pahit dan perit tetapi tetap akan menjadi amat berguna...teruskan berkata yang benar.

cru

contoh YB yg berfikiran matang....Duduk dipihak pembangkang bila perlu bersuara utk bersuara yg mungkin tak betul tetapi bila YB rasa perkara ini tak betul yg menyalahi undang2 beliau tidak sokong. Kdg suka juga dengan YB Kepong.

biey

perhimpunan bersih 3.0 memang tak patut ada. semua ini akan memberi gambaran buruk dan menjadi propaganda yang negatif negara Malaysia pada negara-negara luar. Keamanan dan kesejahteraan Malaysia akan dirosakkan oleh golongan-golongan seperti mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan tidak bermoral ini. semoga kesedaran wujud di dalam diri mereka bahawa tak mudah datuk moyang kita dapatkan kemerdekaan , kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi sekarang

Mohd Redzham Bin Salleh

Zaman dulu2 tak perlu pun nak buat demonstrasi-demonstrasi. Rakyat Malaysia ada kuasa pengundi, UNDI dengan bijak. Tak perlu nak mendidik generasi muda dan anak-anak kita budaya politik jalanan dan budaya saling memburukkan satu sama lain. Daripada mengumpul dosa buat fitnah dan kejian, lebih baik wakil-wakil rakyat dan semua orang bersama-sama memajukan negara. Tunjuk perasaan hanya menjatuhkan martabat rakyat dan negara.

sufi

Tahniah...anda telah menjalankan fungsi sebagai seorang pembangkang yg rasional..inilah prinsip yg mesti ada sebagai pembangkang.."Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita mesti bantah"

saya

komen yang tulus, berani dan matang.

man

walau dimana sahaja tempatnya perhimpunan bersih 3.0 tidak wajar diadakan apatah lagi ianya di terajui dan di sertai pendokong LGBT.adakah kerana kepentingan politik membenarkan kita menyokong golongan ini? jangan sampai golongan yang menghadapi masalah kekeliruan sex ini menguasai masyarakat dan negara.alasan hak asasi manusia langsung tidak boleh diterima pakai oleh akal manusia yang waras.binatang liar dalam hutan pun tidak akan buat projek sesama jantina.ingatlah tuhan jadikan makhluk ini semuanya tertakluk kepada peraturan.bumi dan planet2 semuanya berputar tetap diatas paksinya mengelingi matahari.cuba bayangkan apa akan jadi jika bumi berputar terbalik? insaflah sebelum tuhan menurunkan keputusanya.

komen dari orang yang matang dan bertanggungjawab

shukri

Alhamdullillah, sekurang-kurangnya ada juga pemimpin yang beragama Islam didalam kumpulan pihak pembangkang menyedari hakikat dan tujuan sebenar sesuatu perhimpunan diadakan. Perhimpunan itu tidak lain dari tujuan menaik imej pihak pembangkang dengan meletakkan semua kesalahan di atas bahu kerajaan. Sedarlah bahawa keamanan yang diperolehi tidak datang menggolek dan ianya perlu dijaga. Terima kasih kepada pihak polis, tentera dan lain-lain bagi memastikan keamanan tercapai dan kepentingan umum mengatasi kepentingan segelintir pihak yang berharap dapat memenangi pilihanraya melalui hasutan, fitnah dan adudomba.

Roney Hai

Tahniah........... baru ini ada satu pemimpin pembangknag dari DAP yang berminat dengan KEBENARAN...YB... yang benar tetap benar....satu contoh baik dari seorang pemimpin pembangknag... Allahu Akbar.... teruskan asalkan tidak memudaratkan agama bangsa dan negara.......... dimana bumi dipijak di situ langit di junjung.....

suhaimi

Ni baru la YB, matang berfikir

tarmimi

perhimpunan bersih bukan perhimpunan agama. dgn bercampur laki dan perempuan, jadi tak sunnah pun datang. bidaah lagi ade lah.


0 ulasan:

Catat Komen