Khamis, 19 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kuasa mutlak menteri digugur

Posted:

Kuasa mutlak menteri digugur


Datuk Wira Abu Seman Yusop


KUALA LUMPUR 18 April – Rang Undang-Undang Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan untuk menggugurkan 'kuasa mutlak' menteri dalam melulus atau menolak mana-mana lesen mesin cetak dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Rang undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop itu merupakan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Antara pindaan yang dibuat adalah terhadap subseksyen 3(3) Akta 301 bagi memansuhkan kuasa 'budi bicara' menteri dalam memberi atau menolak pemberian lesen mesin cetak serta kuasa untuk menentukan tempoh sah lesen berkenaan.

Pindaan juga dibuat bagi subseksyen 6(1) Akta 301 iaitu memansuhkan kuasa 'budi bicara yang mutlak' bagi menteri dalam memberi kebenaran kepada seseorang untuk mencetak, menerbitkan akhbar di Malaysia atau mengeluarkan permit kepada mana-mana pemilik akhbar di Singapura supaya membolehkan akhbar terbitannya diimport, dijual atau diedar di Malaysia.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pemansuhan kuasa mutlak menteri perkembangan positif industri penerbitan

Posted:

Pemansuhan kuasa mutlak menteri perkembangan positif industri penerbitan

KUALA LUMPUR 18 April - Pemansuhan kuasa mutlak menteri dalam melulus atau menolak permohonan lesen mesin cetak dilihat sebagai satu perkembangan positif dalam menjadikan industri percetakan dan penerbitan negara lebih bersifat terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, pemansuhan kuasa mutlak menteri itu adalah satu penambahbaikan dalam industri percetakan dan penerbitan negara, justeru seharusnya ia mendapat pujian.

"Apabila menteri berkaitan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kelulusan mana-mana lesen mesin cetak, maka ini adalah suatu perkembangan positif kerana kuasa tidak dipegang oleh satu individu sahaja.

"Selain itu, langkah ini juga akan membuatkan menteri terbabit lebih berhati-hati semasa menggunakan kuasa yang dimilikinya," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

YDP MAIPP: Kerajaan DAP Pulau Pinang akui silap

Posted:

YDP MAIPP: Kerajaan DAP Pulau Pinang akui silap

PULAU PINANG 18 April - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui membuat kesilapan dalam isu pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baharu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya sebelum ini menghantar nama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim ke Istana Negara bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk dilantik ke jawatan tersebut pada 22 Disember lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, cadangan itu dibatalkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang memutuskan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man sebagai Yang Dipertua MAIPP bagi tempoh dua tahun mengikut Seksyen 11 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan