Jumaat, 20 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Persenda Raja: 3 lagi NGO buat laporan polis

Posted: 20 Apr 2012 03:22 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Tiga lagi badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan Raja-Raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 11 April lalu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) serta Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM) membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.

Ketiga-tiga NGO itu turut membuat laporan polis mengenai demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu ketenteraman awam. Bercakap kepda pemberita selepas itu, Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan Raja-Raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas.

Presiden DESMMA, Mohd Fazil Abdullah, pula berkata perbuatan tersebut adalah suatu penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat. - BERNAMA

Pelajar perempuan mati di sekolah akibat sesak nafas

Posted: 20 Apr 2012 03:13 AM PDT

Mutakhir

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia akibat sesak nafas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika Nur Farhana Rusli, 16, sedang berada di dalam makmal bagi sesi pembelajaran subjek Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik.

"Guru Nur Farhana, Tam Poh Ngoh dengan dibantu seorang pelajar terus membaringkannya di atas katil sebelum menghubungi ambulans dan bapanya. Anggota paramedik yang tiba kira-kira jam 10 pagi kemudian mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi. Zainuddin berkata, bapa Nur Farhana yang juga seorang pemandu teksi memberitahu anak bongsu daripada lima adik beradik itu tidak pernah menghidap sebarang penyakit sebelum ini.

Beliau berkata, pengetua sekolah tersebut, Abdullah Abd Hamid turut mengesahkan Nur Farhana tidak pernah mengalami sebarang penyakit sepanjang bersekolah di situ sejak Tingkatan Satu dan dia adalah seorang pelajar yang berdisiplin.

"Siasatan awal setakat ini mendapati tiada unsur jenayah berlaku terhadap kematian Nur Farhana. Mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen