Selasa, 17 April 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Tempoh rayuan BRIM dilanjutkan ke 30 April

Posted:

Tempoh rayuan BRIM dilanjutkan ke 30 April

Tempoh rayuan BRIM dilanjutkan ke 30 April

17/04/2012 9:24pm

KUALA LUMPUR – Tempoh rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih dibuka sehingga 30 April, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Menurut satu kenyataan kementerian itu hari ini, seramai 331,615 pemohon membuat rayuan sehingga 15 April lepas dan daripada jumlah itu, sebanyak 281,443 rayuan diluluskan.

Kerajaan meluluskan bantuan kepada 4,206,572 penerima sehingga 15 April.

Sebarang semakan status permohonan boleh dibuat menerusi talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.

Program BR1M, yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, memberikan bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah. – BERNAMA

Dua anggota polis hadapi tuduhan rasuah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KANGAR – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan berasingan meminta dan menerima rasuah.

Dr Mahathir jalani pembedahan kecil ke HUKM

Posted:

Dr Mahathir jalani pembedahan kecil ke HUKM

Dr Mahathir jalani pembedahan kecil ke HUKM

17/04/2012 9:07pm

KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pagi ini bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.

Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi.

Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa.

Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang. Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada anggota keluarga. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan