Selasa, 24 April 2012

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Fitnah tak halang tugas Shafie

Posted:

Fitnah tak halang tugas Shafie

Fitnah tak halang tugas Shafie

SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam.


TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya tidak akan menghalang beliau daripada terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Menurut beliau, laporan yang mengaitkan beliau membayar wang sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis iaitu Zahida Mohamed Rafik adalah semata-mata bermotifkan politik.

Malah, beliau percaya fitnah seperti itu akan terus direka oleh pihak-pihak berkenaan.

"Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jawatan mufti dinaik taraf

Posted:

Jawatan mufti dinaik taraf

Jawatan mufti dinaik taraf

BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara.

"Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco.

"Kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penerima biasiswa perlu bekerja dalam negara

Posted:

Penerima biasiswa perlu bekerja dalam negara

Penerima biasiswa perlu bekerja dalam negara


NAJIB (tengah) melihat buku Talent Roadmap bersama Johan Mahmood (dua dari kiri) Hishammuddin (kiri), Nor Mohamed (dua kanan) dan Mohamed Khaled selepas melancarkan 'Talent Roadmap 2020' TalentCorp di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Pelajar yang menerima biasiswa kerajaan perlu mengikut perjanjian bekerja dengan sektor awam atau syarikat swasta di negara ini selepas mereka lulus daripada universiti bermula tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penerima biasiswa itu harus memenuhi tanggungjawab tersebut seiring dengan syarat perjanjian itu.

Beliau yakin dengan langkah itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Talent Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp) dapat mengoptimumkan pelajar itu supaya menyumbang kepada keutamaan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucaptama semasa melancarkan pelan tindakan bakat atau 'Talent Roadmap 2020' TalentCorp di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen