Isnin, 30 April 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Jalan 4km keliling tasik

Posted: 29 Apr 2012 01:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dalam meningkatkan kualiti hidup supaya sihat, lebih 500 peserta pelbagai peringkat usia berjalan empat kilometer mengelilingi Tasik Titiwangsa, di sini, pagi semalam.

Program anjuran pelajar Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Lanjutan (Space), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bermula kira-kira jam 8 pagi.


Peserta dikehendaki berjalan menghabiskan satu pusingan mengelilingi Tasik Titiwangsa sebelum menamatkan perjalanan di dataran tasik berkenaan.

Penjawat swasta, Mohd Khairudin Jais, 32, berkata, dia bersama ahli keluarganya tidak melepaskan peluang menyertai program itu sebagai mengisi waktu hujung minggu.


"Kami sekeluarga bangun seawal lima pagi kerana tidak mahu terlewat tiba di lokasi program ini dan ia bagus disertai kerana ia bukan saja dapat menjaga kesihatan," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.


"Berjalan empat kilometer tidak menjadi masalah bagi saya kerana sering berjoging satu jam sehari untuk menjaga kesihatan," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Pendidikan Perdana (Kopeda) dan Menara Optikal.


Perasmian dilakukan Ahli Lembaga Pengarah SPACE UTM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.


Upah samseng belasah bos

Posted: 29 Apr 2012 01:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.


Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila mangsa yang sedang bekerja di pusat hiburan berkenaan didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu berbincang dengannya.

Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.


"Belumpun sempat mangsa membuat penerangan, empat lagi lelaki yang juga ahli kumpulan terbabit menghampirinya," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudiannya dipukul kumpulan berkenaan lebih 10 minit sebelum dia diheret keluar dari premis berkenaan.

"Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.


"Wanita terbabit memaki hamun mangsa sebelum mendakwa dia yang mengupah kumpulan berkenaan untuk memukulnya kerana mengatakan dia diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah," katanya.

Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.


"Mangsa kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan premis berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), oleh beberapa rakan sekerjanya di pusat hiburan berkenaan.


Difahamkan, mangsa dibenarkan keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11 pagi kelmarin.


Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


0 ulasan:

Catat Komen