Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Preve model terbaik pernah dihasilkan

Posted:

Preve model terbaik pernah dihasilkan

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


Proton Preve menepati reka bentuk kontemporari yang disukai ramai.


KIRA-KIRA dua tahun lalu, sekumpulan kecil wartawan dibawa ke bilik rahsia di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Proton di Shah Alam. 'Rahsia' kerana bukan sahaja wartawan dikehendaki membuat aku janji untuk tidak melaporkan atau menyebarkan perihal acara itu tetapi juga kerana tingkap bilik tersebut ditutup dan hanya jurutera serta juruteknik bahagian itu dibenarkan memasuki bangunan.

Di dalamnya, sebuah model kereta yang diperbuat daripada tanah liat tetapi 'lengkap' sifat luarannya, dipertontonkan. Kumpulan wartawan tersebut diberi masa membelek dan meneliti reka bentuk kereta. Kemudian, seorang demi seorang bangun memberi pendapat, yang butirannya dicatat oleh jurutera-jurutera Proton.

Berdasarkan pendapat yang dikeluarkan oleh rakan-rakan wartawan yang juga terdiri daripada beberapa penganalisis industri automotif veteran, reka bentuk model Proton baru ini menerima ulasan positif.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bila 'main wayang' tak bertempat...

Posted:

Bila 'main wayang' tak bertempat...

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my


Taktik 'main wayang' sering digunakan oleh pakatan pembangkang dengan memboikot perjalanan sidang Dewan Rakyat.


SUDAH terdengar sosek-sosek di dalam dan sekitar Dewan Rakyat sejak minggu lepas lagi mengatakan isu keselamatan adalah urusan kerajaan semata-mata.

Suara sumbang itu kian kuat, semakin hiruk pikuknya pula kelmarin. Kata mereka, siapa yang menjadi kerajaan, sudah tentu bisa (pasti) menjamin soal keselamatan.

Tetapi kalau direnungkan balik, betulkah rumusannya begitu?

Tidak payah kita pergi jauh. Mengapakah di selatan Thailand, Indonesia dan selatan Filipina masih bergelut dengan keganasan. Dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa angka korban akibat keganasan setiap hari. Berpuluh ribu orang mati sejak bertahun-tahun. Mereka pun ada kerajaan demokrasi juga. Tetapi kenapa masih menyaksikan pembunuhan di Yala, Narathiwat, Sokhla dan Patani, Mindanao dan sesekali Aceh.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan