Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


TIBAI mahu sedarkan rakyat

Posted:

TIBAI mahu sedarkan rakyat

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my


Muhammad Zahid Md. Arip bersama S. Nallakarupan (kiri) ketika sidang media penubuhan kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang disertai oleh bekas-bekas exco PKR di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 April - Bekas-bekas pemimpin termasuk pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bersatu menubuhkan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bagi menggerakkan usaha untuk menyedarkan rakyat supaya menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelab itu diketuai bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md. Arip dan akan dilancarkan secara rasmi Ahad ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Anwar putar belit pemansuhan PTPTN

Posted:

Anwar putar belit pemansuhan PTPTN

KUALA LUMPUR 18 April - Selepas berhasrat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang memenangi pilihan raya umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak sebaliknya.

Beliau dengan tegasnya menyatakan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman tersebut.

Kenyataan tersebut dilihat tidak selari dengan hasrat beliau sebelum ini yang mahu memberikan pendidikan percuma kepada semua melalui pemansuhan pinjaman berkenaan.

Sambil mendakwa dan menyifatkan tindakan anak lelaki kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes memohon pinjaman PTPTN sebagai tidak munasabah, jelas Ketua Pembangkang itu, peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya.

''Golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui PTPTN walaupun pakatan pembangkang komited untuk memansuhkan bayaran itu. Peluang pendidikan bukanlah satu masalah kepada golongan kaya dan 'maha' kaya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan