Isnin, 23 April 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Lima tikaman depan tunang

Posted: 22 Apr 2012 10:39 AM PDT

JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati ditikam bertubi-tubi di hadapan bakal isteri dalam kejadian di depan rumah sewanya di Jalan Dedap 23, Taman Johor Jaya, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan, sebelum kejadian jam 10.40 malam itu, mangsa, Indra Asrul Abdul Rahim, 29, baru saja meraikan hari ulang tahun kelahirannya bersama tunang yang hanya mahu dikenali sebagai Sabrina, 26.

Tiga suspek dalam kejadian itu dipercayai rakan serumah Indra membabitkan dua lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.

Menceritakan kejadian terbabit, Sabrina berkata, Indra yang juga operator pengeluaran di sebuah kilang di Taman Desa Cemerlang, di sini, parah dan meninggal dunia di depannya.


"Kami sepatutnya bernikah pada Ahad ini (semalam). Sebelum kejadian, kami baru keluar bersama meraikan hari jadinya. Kini, kenduri pernikahan yang sudah diatur ditukar majlis tahlil," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Rumah dilontar batu

Posted: 22 Apr 2012 10:39 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, berdepan saat mencemaskan apabila penyokong yang kecewa dengan kekalahan pasukan negeri itu kepada Sime Darby mengekorinya pulang dan melontar pelbagai objek ke rumahnya di Kampung Nibong Atas, Panji Alam, di sini, malam kelmarin.

Penyokong tidak berpuas hati apabila Terengganu tewas 1-2 kepada Sime Darby pada separuh akhir pertama Piala FA mengadakan bantahan selepas perlawanan berakhir di depan pintu masuk utama Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini.


Mereka juga mendesak Che Mat yang juga pengurus pasukan serta jurulatih, Mat Zan Mat Aris berundur. Berikutan itu, kedua-duanya terpaksa diiringi polis untuk keluar dari stadium dan pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, sekumpulan penyokong dipercayai mengekori Che Mat hingga ke kediamannya. Lebih memburukkan keadaan, penyokong terbabit membuat kecoh dan melaungkan kata-kata kesat sebelum melontar pelbagai objek, termasuk batu ke rumahnya.


"Berikutan tindakan melampau itu, saya terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku," kata Che Mat yang berasakan kejadian itu bukan hanya membabitkan isu bola sepak tetapi ada agenda lain, termasuk politik.


Beliau yang juga Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Burok, di sini, berkata bantahan yang memintanya dan Mat Zan meletakkan jawatan agak menghairankan kerana Terengganu bukan berada di tangga tercorot liga, malah beraksi di pentas Piala FA dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Saya hairan kenapa situasi ini berlaku dan apa matlamat utama kumpulan yang membuat bantahan itu. Saya sendiri pun tidak faham. Jika dilihat soal gaji, semua pemain mendapat bayaran mengikut masanya.


"Pada pandangan saya jika peminat itu betul-betul sayangkan pasukan, cara bantahan sebegini bukanlah jalan terbaik sebaliknya boleh menjejaskan pasukan Terengganu dan tidak adil kepada pemain dan pengurusan," katanya.

Berdasarkan rekod, ini kali ketiga peminat mendesak Che Mat yang memegang jawatan Presiden PBSNT selama 14 tahun meletakkan jawatan dan terbaru pada 10 April lalu ketika Terengganu tewas 0-2 kepada Tampines Rovers dari Singapura dalam saingan Piala AFC. Mengulas lanjut desakan penyokong terbabit, Che Mat berkata, tiada sebab beliau meletak jawatan kerana dipilih melalui saluran yang betul melalui mesyuarat Exco PBSNT yang diadakan empat tahun sekali.


"Jika ada yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran saya, saya harap mereka datang dan memberi pandangan yang baik kerana kami sedia mendengarnya malah akan melakukan perubahan sekiranya idea itu bernas tetapi bukannya melalui bantahan di jalanan.


"Bagaimanapun saya ingin melontarkan persoalan kepada peminat kenapa saya perlu berundur sedangkan skuad Terengganu tidak merudum.


"Letak jawatan itu perkara tidak betul dan saya meminta peminat menerima sesuatu kekalahan biarpun saya tahu sukar menelannya," katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika Che Mat pulang ke rumahnya sejurus perlawanan itu berakhir.


Menurutnya, sebaik kenderaan Che Mat memasuki kawasan rumahnya, kumpulan berkenaan membuat bising dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain ada yang melontarkan batu ke bumbung rumah mangsa.


"Bagaimanapun, pengadu tidak cedera dan satu laporan dibuat di IPD Kuala Terengganu jam 12.20 tengah malam (kelmarin)," katanya.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan memiliki bahan berbahaya untuk tujuan serangan.




0 ulasan:

Catat Komen