Harian Metro: Mutakhir |
| Tun Dr Mahathir pulang esok setelah jalani pembedahan kecil Posted: 18 Apr 2012 04:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjalani pembedahan kecil untuk membuang polips nasum (nasal polyps), dijangka dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, esok. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pembantu beliau hari ini, bekas perdana menteri itu memberi tindak balas baik terhadap rawatan dan doktor gembira dengan kemajuan kesihatan beliau.
"Beliau makan makanan biasa dan dijadual pulang esok," menurut kenyataan itu. Pembedahan selama sejam, yang bermula pada pukul 9.30 pagi, dilakukan sekumpulan pakar perubatan diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed.
|
| Pengerusi MIC Pulau Pinang meninggal dunia Posted: 18 Apr 2012 04:28 AM PDT BUTTERWORTH: Pengerusi MIC Pulau Pinang Datuk P K Subbaiyah meninggal dunia di rumahnya di Taman Meranti, Bagan Ajam di sini pagi ini. Mendiang berusia 63 tahun.
Ketua Pemuda MIC Negeri J. Dhina ketika dihubungi berkata beliau menerima panggilan telefon daripada keluarga Subbaiyah pada jam 5.30 pagi yang memaklumkan bahawa Subbaiyah telah meninggal dunia. Mendiang dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam tidur.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan