Khamis, 19 April 2012

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pusat siber 30m dari kediaman

Posted:

Pusat siber 30m dari kediaman

Pusat siber 30m dari kediaman

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


Pusat siber berhampiran PPR Seri Alam, yang didakwa penduduk sekitar menjadi tempat pelajar ponteng sekolah melepak. – Utusan/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 18 April – Kewujudan sebuah pusat siber berhampiran kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam sebelum ini diterima baik oleh penduduk kerana ia diharapkan dapat membantu anak-anak mereka melakukan kerja-kerja sekolah.

Bagaimanapun, pusat siber yang mula beroperasi sejak kira-kira dua bulan lalu itu kini dilihat oleh penduduk perumahan berhampiran Jalan Lapangan Terbang Lama itu sudah menyimpang daripada matlamat asalnya, sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk.

Ini kerana ia sudah menjadi tempat segelintir anak-anak muda, terutama pelajar menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah, termasuk mereka yang baru berusia enam tahun.

Penduduk mendakwa, pusat siber itu kini menjadi pencetus kepada masalah sosial di kalangan anak-anak belasan tahun yang dapat mereka lihat telah mengalami perubahan daripada segi sikap dan tingkah laku.

Selain sudah pandai ponteng sekolah dan berjinak-jinak dengan rokok, kata mereka, ada antaranya yang sudah berani mencuri wang ibu bapa semata-mata untuk dibelanjakan di pusat siber itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati jarak pusat siber itu hanya kira-kira 30 meter dari Blok 6, PPR berkenaan dan kebimbangan penduduk berhubung masalah itu cukup berasas.

Dengan hanya menukar uniform sekolah kepada kemeja T, pelajar-pelajar itu itu sudah dibenarkan masuk ke pusat siber itu.

Dilihat, rata-rata pelajar yang mengunjungi pusat siber itu berumur antara tujuh hingga 16 tahun. Malah ada yang baru berusia lima tahun.

Difahamkan, mereka mula memenuhi pusat siber yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu seawal 10 pagi sehingga 2 pagi hari berikutnya.

Selain pusat siber di situ, penduduk meminta agar pihak berkuasa dapat memantau sebuah premis berhampiran yang disyaki menyediakan kegiatan perjudian dalam talian.

Syak wasangka penduduk itu adalah berdasarkan keadaan premis itu yang bercermin gelap dan dilengkapi alat elektronik yang memerlukan kata laluan untuk pelanggan memasukinya.

DBKL, polis diminta buat pemeriksaan

Posted:

DBKL, polis diminta buat pemeriksaan

DBKL, polis diminta buat pemeriksaan

KUALA LUMPUR 18 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis diminta memeriksa dan memantau aktiviti sebuah pusat siber yang beroperasi berhampiran PPR Seri Alam yang disyaki menjadi tempat melepak para pelajar yang ponteng sekolah.

Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa II, Hisham Ghazali, 44 berkata, kegiatan yang berlaku di premis itu telah dipanjangkan kepada kedua-dua pihak berkenaan namun sehingga kini penduduk belum nampak ada tindakan diambil.

Katanya, jika perkara itu tidak dipantau ia sudah tentu menjejaskan masa depan anak-anak penghuni berdekatan.

"Penduduk tidak ada halangan jika pusat siber dibuka di sini, tetapi pihak berkuasa tempatan perlu melakukan pemantauan.

"Selain mengehadkan operasinya kepada 12 jam sahaja, pemantauan tegas terhadap undang-undang tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur masuk ke premis berkenaan juga perlu dilakukan," katanya.

Bapa kepada tiga anak, Hamid Husin, 38, pula berkata, sebelum kewujudan pusat siber di situ kanak-kanak di PPR Seri Alam lebih gemar memanfaatkan waktu petang mereka dengan beriadah di padang berhampiran.

"Kini mereka lebih suka mengunjungi pusat siber di situ dan menghabiskan masa sehingga lewat malam.

"Keadaan ini benar-benar membimbangkan kerana ada antara pelajar-pelajar ini sudah mula belajar menghisap rokok seawal usia tujuh tahun," katanya.

UMNO Shah Alam hargai sumbangan artis veteran

Posted:

UMNO Shah Alam hargai sumbangan artis veteran

UMNO Shah Alam hargai sumbangan artis veteran

SHAH ALAM 18 April - UMNO Bahagian Shah Alam meraikan kira-kira 30 artis veteran sempena Program Senam Seni Sihat 1Malaysia di Pangsapuri Blok 7 dan 8 di Seksyen 7 di sini baru-baru ini.

Antara artis yang hadir ialah Datuk Aziz Satar, Datuk Baharuddin Omar, Hamid Gurkha, Halil Chik, Zaibo, Wazata Zain, Sharifah Hasnor, Margaret Gan, Wong Sip Nen dan R. Ismail manakala Tawil berperanan sebagai pengacara bersama pelakon era 1970-an, Razali Safar.

Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, artis merupakan golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat melalui medium hiburan seperti lakonan dan nyanyian.

"Sebagai pengisian program tersebut, kami mengadakan acara senamrobik bersama artis-artis veteran yang pernah mewarnai pentas hiburan dari 1960-an hingga kini.

"Tujuan program ini diadakan adalah meraikan artis veteran tersebut bersama masyarakat Shah Alam yang ingin melihat artis pujaan mereka dari dekat," katanya.

Hadir sama Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, Datuk Ismail Hutson; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Shah Alam, Shuratini Abdul Rahman.

Ahmad Nawawi berkata, pihaknya turut menyampaikan sumbangan kepada artis-artis veteran terlibat sebagai tanda kenang-kenangan sempena kunjungan mereka ke Shah Alam.

"Bagi UMNO Bahagian Shah Alam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua artis yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Artis Veteran kerana sudi hadir memeriahkan program hari ini.

"Diharap sumbangan kecil UMNO Shah Alam dapat memberi semangat kepada artis-artis veteran untuk terus berbakti kepada masyarakat," katanya.

Pada program tersebut, penyanyi veteran, Hail Amir dan Halil Chik mengembalikan nostalgia para hadirin dengan alunan lagu-lagu malar segar dendangan mereka.

0 ulasan:

Catat Komen