Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Sultan Pahang 'suntik semangat'

Posted:

Sultan Pahang 'suntik semangat'

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


SULTAN Ahmad Shah (depan, kanan) beramah mesra dengan kumpulan penari sejurus tiba pada majlis pelancaran Sambutan Jubli Perak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 18 April - Keberangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke majlis Sambutan Jubli Perak Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di sini cukup memberi signifikan dan memberi suntikan semangat kepada warga institusi berkenaan.

Ia terutama dalam menyemarakkan budaya ilmu dan merangsang institusi berkenaan sebagai Pusat Pendidikan Wilayah Timur yang menjadi acuan melahirkan ramai guru yang berwibawa selaras transformasi negara menerusi bidang pembangunan modal insan.

Keberangkatan Sultan Ahmad Shah yang sinonim sebagai raja berjiwa rakyat itu turut mengembalikan nostalgia peribadi memandangkan institusi berkenaan diabadikan sempena nama Almarhum Tengku Ampuan Afzan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Warga IPGKTAA terharu kehadiran Sultan

Posted:

Warga IPGKTAA terharu kehadiran Sultan

KUALA LIPIS 18 April - Kalangan pemimpin setempat dan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKKTAA) Lipis menyifatkan keberangkatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sempena sambutan Jubli Perak institut berkenaan dapat mengembalikan nostalgia baginda terhadap Bandar Bersejarah Kuala Lipis.

Ini kerana Sultan Ahmad Shah pernah menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford atau lebih dikenali sebagai Clifford School sekitar tahun 50-an yang mana baginda turut aktif dengan kegiatan sukan bersama rakyat di Lipis.

Keduanya, kunjungan berkenaan dapat 'menguntum' semula nostalgia baginda terhadap isteri tercinta, Almarhum Tengku Ampuan Afzan yang nama berkenaan diabadikan sepenuhnya pada institut berkenaan.

Seperti mana pada majlis tertentu, Sultan Ahmad Shah yang berjiwa rakyat dan sanggup mengenepikan protokol begitu ceria sambil bertanyakan khabar dan beramah mesra dengan rakyat yang disifatkan tidak wujud jurang pemisah antara istana dan rakyat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan