Khamis, 26 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Hattan antara 152 penerima gelaran 'Datuk'

Posted: 26 Apr 2012 03:38 AM PDT

Mutakhir

PEKAN: Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd Zaili Besar. Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penerima lain - Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar.
Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36). - BERNAMA

Firefly mula laluan KB-JB

Posted: 26 Apr 2012 03:33 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Firefly, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, mencatatkan sejarah hari ini dengan menjadi syarikat penerbangan pertama yang menyedia hubungan udara secara terus menghubungkan selatan dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Penumpang yang menaiki penerbangan pertama syarikat penerbangan komuniti itu pagi ini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu diberikan sambutan setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius MC Ong, berkata penerbangan terus tiga kali seminggu dengan perjalanan mengambil masa satu jam dan 40 minit itu menyediakan keselesaan kepada pengembara. "Kami menawarkan penyelesaian terbaik untuk pengembara riadah dan perniagaan yang perlu tiba ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemudahan daftar masuk web Firefly juga adalah daya penarik kepada pengembara kerana ini membolehkan mereka mendaftar masuk dengan selesa dari rumah ataupun pejabat dan mencetak sendiri pas pelepasan mereka.

"Banyak masa boleh dijimatkan dengan tidak perlu beratur daftar masuk dan ini membolehkan penumpang menghabiskan lebih banyak masa di destinasi mereka," katanya.

Bagi mempromosikan laluan ini dan laluan lain di rangkaian Firefly, syarikat penerbangan itu pada masa ini mengadakan promosi dalam talian untuk tempahan sehingga 6 Mei, 2012 untuk perjalanan dari 7 Mei hingga 30 Jun, 2012.
Syarikat penerbangan itu turut menyertai Pameran Matta di Kota Bharu Mall mulai esok hingga 29 April. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen