Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Merealisasikan Akta Guaman Syarie

Posted:

Merealisasikan Akta Guaman Syarie

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

SUDAH begitu lama peguam syarie di negara ini mengidamkan Akta Guaman Syarie di peringkat nasional dan berharap agar dapat ditubuhkan suatu Majlis Peguam Syarie.

Fungsinya menyamai ataupun hampir sama seperti Majlis Peguam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Profesion Guaman 1976.

Meskipun usia penubuhan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) baru menjangkau 10 tahun namun ia kini bernaung di bawah pimpinan Presiden yang baru, Musa Awang sentiasa bersikap proaktif demi merealisasikan Akta Guaman Syarie.

Ia menjadi fokus utama supaya kebajikan 400 ahli PGSM akan lebih terbela.

Usaha mengetengahkan akta tersebut sebagai landasan kepada para peguam syarie yang mengamalkan amalan guaman di negara ini telah lama mendapat perhatian kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kuarters kerajaan jadi wad bersalin

Posted:

Kuarters kerajaan jadi wad bersalin

Oleh Norliza Abd. Rahman
pengarang@utusan.com.my


Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di Putrajaya ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


MASALAH kekurangan wad bersalin di Hospital Putrajaya mencapai tahap serius sehingga menyebabkan perkhidmatan klinikal khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ibu-ibu mengandung tidak dapat diberikan pada tahap optimum.

Prihatin dengan masalah itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil langkah mengetengahkan isu tersebut ke pengetahuan pengurusan tertinggi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan cuba menyelesaikannya melalui pendekatan Strategi Lautan Biru seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lantas termeterai kerjasama pintar antara MAIWP dengan pelbagai agensi di bawah JPM. Hasilnya Kementerian Kesihatan dan Hospital Putrajaya bersetuju menawarkan sumber manusia dan kepakaran yang berkaitan manakala di satu pihak lagi menawarkan kemudahan prasarana dan kewangan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan