Rabu, 25 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Nor Ain dibunuh dua minggu lalu

Posted:

Nor Ain dibunuh dua minggu lalu

Nor Ain dibunuh dua minggu lalu

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

Nor Ain suka memakai pakaian seperti lelaki.


KOTA BHARU – Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang rangka mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang dekat sini pada Isnin lalu dipercayai telah dibunuh dan dibakar dalam tempoh dua minggu sebelum rangka mangsa ditemui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada gadis tomboi itu dibakar hidup-hidup atau mangsa dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar.

"Setakat ini, kita mendapati Nor Ain dan motosikal miliknya dibakar. Polis menemui rangka motosikal mangsa yang hangus dan tulang-tulang manusia termasuk beberapa barangan peribadi mangsa di lokasi kejadian," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, polis masih menyiasat motif pembunuhan itu dan tidak menolak kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan dadah dan orang yang dikenalinya.

Kosmo! semalam melaporkan misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka Nor Ain ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh oleh seorang pemandu lori yang melalui kawasan itu.

Nor Ain yang sudah tidak bersekolah, sebelum ini dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya sejak 3 April lalu.

Jarak rangka Nor Ain ditemui dengan rumahnya kira-kira 500 meter.

Ekoran penemuan itu, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, Saiful Bahri berkata, polis dalam proses menahan beberapa suspek lain bagi membantu siasatan pembunuhan Nor Ain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saya bukan isteri menteri – Zahida

Posted:

Saya bukan isteri menteri – Zahida

Saya bukan isteri menteri – Zahida

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

"Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

JPM siarkan nama penerima gelaran

Posted:

JPM siarkan nama penerima gelaran

JPM siarkan nama penerima gelaran


ORANG ramai boleh menyemak senarai penerima pingat kebesaran melalui laman sesawang Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri.


KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri, www.istiadat.gov.my jika mahu menyemak sama ada gelaran kebesaran yang digunakan oleh seseorang individu itu sahih dan diiktiraf kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, laman sesawang itu mempunyai senarai lengkap yang dikemas kini mengenai semua penerima anugerah sama ada yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong atau sumber-sumber yang diiktiraf.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Syed Ibrahim Kader yang meminta Perdana Menteri menjelaskan usaha yang diambil untuk menangani masalah penyalahgunaan gelaran kebesaran seperti Datuk dan Datuk Seri yang diragui kesahihan sumbernya pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.

Vui Keong berkata, mengikut dasar dan peraturan semasa, hanya penganugerahan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja bagi negeri-negeri bersultan atau beraja serta Yang Dipertua Negeri akan diiktiraf.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan