Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


MB Selangor anggap isu remeh

Posted:

MB Selangor anggap isu remeh

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 17 April - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menganggap dakwaan perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu melibatkan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara baru-baru ini sebagai isu remeh.

Beliau berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan ketika rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda.

Justeru, beliau berkata, sekiranya ada keperluan, pihaknya sedia menghadap Seri Paduka Baginda bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Najib lawat DSA 2012

Posted:

Najib lawat DSA 2012

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak melihat model kereta kebal AV-8 sambil diperhatikan Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Zulkifli Zainal Abidin dan Abdul Harith Abdullah pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN


KUALA LUMPUR 17 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa hampir dua jam melawat Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Antara syarikat pertahanan yang menarik perhatian Perdana Menteri pada lawatan itu adalah dari Malaysia, Afrika Selatan dan Turki.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Deftech, Abdul Harith Abdullah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Petrol: Pemahaman diperlukan

Posted:

Petrol: Pemahaman diperlukan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memerlukan sokongan serta kerjasama daripada rakyat untuk memastikan kenaikan harga petrol di pasaran dunia dapat ditangani secara bersama bagi memastikan masyarakat tidak terbeban.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa komited untuk tidak membebankan rakyat akibat kenaikan harga petrol dan atas pertimbangan tersebut, beliau setuju untuk menaikkan subsidi sehingga 10 peratus bagi mengekalkan harga RON 95 agar kekal RM1.90 seliter.

Selain itu kata beliau, sebagai perancangan jangka panjang untuk memastikan rakyat khususnya pengguna kenderaan persendirian tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga petrol, kerajaan kini sedang dalam usaha memperkasa sistem pengangkutan awam di negara ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan