Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Penjaja haram jadi punca

Posted:

Penjaja haram jadi punca

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my


Gerai yang beroperasi di bahu jalan di Desa Tasik, Sungai Besi, Kuala Lumpur didakwa menjadi punca kesesakan di kawasan itu . - utusan/ Azwan Zahar


KUALA LUMPUR 17 April - Setiap hari penduduk di sekitar Jalan Desa Tasik, Sungai Besi berhadapan dengan satu rutin yang memenatkan mereka - mengharungi kesesakan jalan di sekitar kawasan perumahan.

Keadaan ini berlaku gara-gara penjaja haram, sebahagiannya warga asing, yang sewenang-wenangnya berniaga di kawasan berkenaan menyebabkan laluan di situ menjadi sempit.

Malah, keadaan tersebut turut menghalang lori sampah Alam Flora yang datang untuk memungut sampah di kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati papan tanda bagi setiap pangsapuri di kawasan berkenaan tidak kelihatan kerana terhalang oleh payung penjaja-penjaja berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pemilik apartmen Taman Fadason rasa teraniaya

Posted:

Pemilik apartmen Taman Fadason rasa teraniaya

KUALA LUMPUR 17 April - Pemilik apartmen di Blok A dan B Taman Fadason rasa teraniaya dengan tindakan pemaju yang masih tidak menyerahkan kunci rumah mereka sehingga kini.

Seorang pemilik, Nor Shamsi Omar Talib, 38, berkata, apartmen yang lambat siap selama tujuh tahun itu masih tidak dapat diduduki olehnya kerana pemaju enggan memberi kunci selagi pemilik tidak membayar RM6,000 untuk kos penyenggaraan dan RM2,000 untuk deposit pengubahsuaian.

Katanya, pemaju tidak patut berbuat demikian kerana bayaran yang diminta adalah bayaran tertunggak sepanjang projek itu dijalankan.

"Sepanjang tempoh itu pemilik tidak dapat tinggal di rumah kami sebab apartmen itu baru siap pada tahun lalu. Kalau mengikut perjanjian, rumah sepatutnya siap dalam masa 26 bulan.

"Sementara itu, sijil layak menduduki sementara (TCF) baru sahaja dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mac lalu yang sah dalam masa enam bulan. Selepas itu kami pun tidak tahu dengan nasib kami," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk halang jalan alternatif

Posted:

Penduduk halang jalan alternatif

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


PENGUAT kuasa MPSJ memeriksa hadangan yang dibuat oleh beberapa individu di susur masuk ke jalan alternatif sementara di Bandar Puteri 9, Puchong, Selangor, semalam.


SUBANG 17 April - Kerja pembaikan struktur tembok penahan cerun dan jalan mendap di Bandar Puteri 9 di Puchong terganggu ekoran jalan alternatif yang siap dibina pemaju tidak dapat dibuka kepada penduduk.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi berkata, jalan alternatif sementara itu perlu dibuka terlebih dahulu bagi membolehkan Institut Kerja raya Malaysia (Ikram) menjalankan siasatan secara terperinci.

Bagaimanapun menurutnya, jalan alternatif yang menggunakan sebahagian tanah milik individu dan sepatutnya dibuka semalam telah dihalang beberapa pihak yang bertindak meletakkan kenderaan dan serpihan batu di jalan masuk ke situ.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan