Selasa, 24 April 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lebuh raya SMART ditutup tengah malam esok

Posted:

Lebuh raya SMART ditutup tengah malam esok

Lebuh raya SMART ditutup tengah malam esok

24/04/2012 6:53pm

KUALA LUMPUR — Lebuhraya SMART akan ditutup kepada lalu lintas dari pukul 11 malam esok hingga 6 pagi Khamis.

Penutupan itu adalah bagi melakukan kerja penyelenggaraan rutin sistem terowong lebuh raya dijalankan, kata Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn. Bhd .dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan itu boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. — BERNAMA

Gadis hilang dijumpai rentung di ladang sawit

Posted:

Gadis hilang dijumpai rentung di ladang sawit

Gadis hilang dijumpai rentung di ladang sawit

24/04/2012 6:33pm

KOTA BHARU — Seorang gadis yang dilapor hilang dari rumahnya sejak 20 hari lepas, dijumpai mati dalam keadaan rentung di ladang kelapa sawit di Kampung Baru, Rancangan Kemajuan Tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Jeram Tekoh, dekat sini, semalam.

Mayat Nor Aini Shafnie Mohd Azizi, 15, dijumpai di tepi motosikal yang dinaikinya oleh seorang pemandu lori kelapa sawit yang dikenali sebagai Yusuf Mohd, yang kebetulan lalu di kawasan itu, kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mangsa anak bongsu dari 10 beradik dilihat kali terakhir keluar rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Kriss pada 3 April lepas.

Beliau berkata, selepas mangsa tidak pulang ke rumah hari itu, kakaknya, Norhayati Mohd Azizi, membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada pukul 4 pagi keesokan harinya.

Jalaluddin berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan enam lelaki dan dua wanita berumur antara 17 hingga 30 tahun yang boleh membantu polis dalam siasatan kes itu.

Enam daripada mereka, termasuk seorang wanita positif dadah dan mereka adalah penduduk sekitar kawasan itu, katanya. — BERNAMA

Bayi kepala besar perlukan bantuan

Posted:

Bayi kepala besar perlukan bantuan

Bayi kepala besar perlukan bantuan

24/04/2012 6:32pm

ALOR SETAR — Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah nasib seorang bayi berusia setahun, Nurul Huda Jannati Abdullah yang mengalami masalah kepala besar.

Nurul Huda Jannati disyaki mengalami penyakit "bilateral open lip schizencephaly" iaitu masalah perkembangan mental tidak normal atau otak tidak normal sejak lahir dan semua perkembangan mental terbantut serta perlu sentiasa mendapatkan rawatan.

Bapanya, Zaini Tajuddin, 36, berkata, anaknya perlu mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di sini setiap bulan dan doktor memberitahu kepala anaknya mempunyai banyak air dan otaknya hanya sedikit.

"Saya tidak tahu berapa kos rawatan yang dikenakan. Menurut doktor, anak saya tidak boleh melakukan pembedahan segera kerana ia akan mengancam nyawanya.

"Saya tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana kosnya sudah tentu tinggi dan tidak mampu untuk saya tanggung," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Mergong di sini.

Dia berkata Nurul Huda Jannati mula dikesan mempunyai penyakit itu ketika umurnya lima bulan semasa dia membawa anaknya ke klinik untuk disuntik.

Selain mengalami masalah kepala besar, anak saya juga tidak boleh meniarap dan tidak tumbuh gigi," katanya yang bekerja sebagai pembantu penjual ikan di pasar borong di sini.

Zaini berkata sehingga sekarang anaknya hanya terbaring dan mempunyai sebatang gigi sahaja selain kerap menangis.

"Saya hanya memperoleh kira-kira RM35 sehari dan pendapatan itu tidak cukup untuk saya membeli susu dan lampin pakai buang Nurul Huda Jannati selain perlu membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan. Saya sangat berharap agar ada yang sudi membantu anak saya," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan keluarga itu boleh menghubungi Zaini di talian 017-5408179 atau melalui akaun Bank Islam milik ibunya (Azimah Ahmad) bernombor 02011020683926. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen