Khamis, 26 April 2012

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi ditemui di belakang rumah di Batu Maung

Posted:

[unable to retrieve full-text content]GEORGE TOWN — Polis menemui seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Taman Permatang Indah, Batu Maung dekat sini awal pagi ini.

Pengganggur pecah masuk rumah cedera ditetak

Posted:

Pengganggur pecah masuk rumah cedera ditetak

Pengganggur pecah masuk rumah cedera ditetak

26/04/2012 6:54pm

KUALA TERENGGANU — Seorang lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk ke sebuah rumah menerima padah setelah perbuatannya disedari tuan rumah dalam kejadian awal pagi semalam di Kampung Serdang, Dungun.

Dalam kejadian itu, penganggur berumur 30-an itu disedari merayau-rayau di perkarangan kira-kira pukul 4.15 pagi oleh anak pemilik rumah yang masing-masing berumur 16 dan 21 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP, K. Manoharan berkata, dua beradik itu bertindak keluar rumah untuk memeriksa keadaan dan ternampak kelibat suspek yang juga jiran mereka.

"Menyedari perbuatannya disedari tuan rumah, suspek cuba melarikan diri namun dalam masa yang sama mengacukan sepatah senapang angin ke arah kedua-dua beradik itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menyedari suspek bersenjata, seorang daripada dua beradik itu berlari mendapatkan sebilah golok dari dapur rumahnya dan melibas ke arah suspek.

"Bagaimanapun suspek cuba melawan dan berlaku pergelutan, semasa bergelut suspek terkena libasan golok dan cedera di kepala, bahu dan belakang badan sebelum dua beradik itu berjaya mengikatnya dan menyerahkan suspek kepada polis," katanya.

Manoharan berkata keadaan suspek dilaporkan stabil dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.-BERNAMA

Penahanan secara salah: Peserta dapat ganti rugi

Posted:

Penahanan secara salah: Peserta dapat ganti rugi

Penahanan secara salah: Peserta dapat ganti rugi

26/04/2012 8:07pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memberikan ganti rugi am sebanyak RM870,000 kepada 29 peserta Persidangan Asia Pasifik mengenai Timur Timor II (Apcet II) bagi penangkapan dan penahanan mereka secara salah.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin sebulat suara menolak rayuan balas yang dikemukakan polis dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu liabiliti.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki, juga sebulat suara menolak rayuan peserta berkenaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan kepada mereka.

Hakim Abu Samah berkata, rayuan balas mengenai isu liabiliti itu tidak mempunyai merit.

Beliau juga berkata, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi untuk tidak memberikan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan kepada peserta berkenaan adalah betul.

Pada 22 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi memerintahkan polis dan kerajaan membayar RM30,000 kepada setiap peserta selepas membenarkan saman sivil mereka bagi penangkapan dan penahanan secara salah.

Peserta berkenaan termasuk aktivis tempatan dan wartawan yang menghadiri Persidangan Apcet II pada 9 November 1996 di Hotel Asia di Kuala Lumpur untuk membincangkan pencabulan hak asasi manusia di Timur Timor dan perjuangannya bagi kemerdekaan daripada Indonesia.

Ketika persidangan itu baru sahaja bermula, satu kumpulan menyerbu masuk dan menganggu mesyuarat itu dan susulan itu polis menahan beberapa peserta yang mereka dakwa tidak mematuhi arahan supaya bersurai.— BERNAMA

0 ulasan:

Catat Komen