Khamis, 19 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Warga emas dikecuali caj pendaftaran di Jabatan Pesakit Luar Pakar hospital kerajaan

Posted: 19 Apr 2012 06:25 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pengecualian caj pendaftaran sebanyak RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kerajaan bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Beliau berkata pengecualian itu yang berkuatkuasa pada 1 Mei adalah tambahan kepada pengecualian caj pendaftaran pesakit luar sebanyak RM1 di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia yang diumumkannya tahun lalu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan caj sebanyak 50 peratus daripada kadar caj pesakit Kelas Tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 sahaja bagi setiap kemasukan.

"Pengecualian tambahan itu adalah sebagai menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga emas," katanya semasa berucap merasmikan Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia di sini hari ini.


Pusat itu yang ditubuhkan menerusi kerjasama antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hospital Putrajaya hanya melibatkan kos kurang daripada RM12 juta yang merangkumi kos-kos perolehan peralatan perubatan, bukan perubatan dan kenderaan serta pengubahsuaian bangunan. - Bernama




Pengawal keselamatan bank ditahan kerana lepaskan tembakan

Posted: 19 Apr 2012 04:08 AM PDT

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana melepaskan satu das tembakan secara cuai di sebuah bank dekat Bandar Baru, Air Itam, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian jam 7.30 malam, lelaki berusia 56 tahun itu secara tidak sengaja melepaskan satu das tembakan dalam menggunakan senapang patah jenis 'Benelli Nova'.

"Mujur tembakan itu hanya mengena pintu kayu kerana semasa kejadian terdapat tiga pekerja bank di dalam premis itu," katanya pada pemberita sempena Program Polis Bersama Pelanggan di Hospital Pulau Pinang di sini, hari ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam. - Bernama




0 ulasan:

Catat Komen