Selasa, 17 April 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pelajar perempuan dilaporkan hilang di Kuantan

Posted: 17 Apr 2012 04:20 AM PDT

KUANTAN: Seorang remaja perempuan, Balvin Kaur Radhdir Singh, 17, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lorong Bukit Setongkol 4 di sini, 7 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata remaja berkenaan
yang merupakan pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai bertindak keluar dari rumah keluarganya pada jam 12 tengah hari pada hari tersebut.


Katanya remaja itu dilaporkan tidak pulang sejak hari itu sebelum penjaga mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Beliau berkata pelajar itu dipercayai keluar dari rumahnya sehelai sepinggang dan mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Ravi yang berusia 53 tahun.

"Polis cuba mengesan mangsa dengan mengedarkan gambarnya selain turut mengesan Ravi dan seorang wanita yang dikenali sebagai Sri, 25, untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama




Tun Dr Mahathir dimasukkan ke HUKM

Posted: 17 Apr 2012 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi ini bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan polip pada rongga hidung.

Pasukan perubatan yang diketuai Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Perunding Pakar Bedah ENT (telinga, hidung dan tekak) PPUKM), Prof Datuk BS Gendeh (Perunding Pakar Bedah ENT PPUKM), Prof Joanna Ooi (Perunding Pakar Bius, PPUKM) dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Perunding Pakar Bius, IJN) melakukan pembedahan selama sejam bermula 9.30 pagi.

Bekas Perdana Menteri kini diletakkan di bawah pemantauan di wad biasa.

Beliau dijangka akan berada di hospital untuk beberapa hari akan datang.


Lawatan pada masa ini hanya dihadkan kepada anggota keluarga. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan