Ahad, 29 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Rakaman video polis papar kejadian sebenar

Posted: 29 Apr 2012 02:21 PM PDT

Nasional

Elak perhimpunan dieksploitasi pembangkang: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, polis akan memaparkan rakaman video Perhimpunan BERSIH 3.0 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, kelmarin.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi mengelak insiden berkenaan dieksploitasi pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan yang kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

Kita meminta siasatan itu tidak mengambil masa terlalu lama dan apabila selesai, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan berpatutan mengikut lunas undang-undang. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku oleh anggota polis sendiri
"Majlis Tertinggi (MT) UMNO kesal tindakan kekasaran berlaku, pertamanya mereka tidak menghormati keputusan mahkamah (Dataran Merdeka diisytiharkan kawasan larangan selepas polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur), bererti prinsip the rule of law (kedaulatan undang-undang) diketepikan mereka.

"Polis juga menjadi mangsa kerana dipukul dan sebagainya. Kita melahirkan rasa simpati dan menghargai keberanian polis menjalankan tugas," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Najib berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengadakan sidang media hari ini bagi menerangkan lebih lanjut penyiaran rakaman video itu.
Katanya, serangan ke atas pihak berkuasa dan tindakan merempuh penghadang menunjukkan peserta perhimpunan tidak menghormati keputusan mahkamah, mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang, menunjukkan budaya keterlaluan dan ganas.

Mengenai tindakan polis menembak meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta, katanya, doktor yang terbabit dalam mengendalikan perkhidmatan kesihatan pada perhimpunan itu menyatakan dari segi kesihatan, ia pilihan yang tidak memudaratkan kesihatan dan lebih baik daripada pertempuran secara fizikal.

Najib berkata, kejadian perhimpunan itu adalah situasi kali pertama selepas kerajaan melakukan transformasi politik dengan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meluluskan Akta Perhimpunan Aman.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, acara kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-66 UMNO akan diadakan pada 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil bertemakan 'UMNO Pembela Rakyat.'

Polis terima 57 aduan gangguan perhimpunan

Posted: 29 Apr 2012 02:15 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 laporan diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sehingga petang semalam yang dibuat pelbagai pihak, termasuk orang awam dan komuniti peniaga di ibu negara berhubung insiden kekacauan oleh peserta perhimpunan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata daripada jumlah itu, lapan laporan membabitkan kecederaan pegawai dan anggota polis bertugas, sembilan mengenai kerosakan kenderaan Polis Diraja Malaysia, manakala selebihnya membabitkan kemusnahan harta benda awam.

"Kita siasat setiap laporan dan akan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap pihak bertanggungjawab. Keseluruhannya, 512 individu ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara susulan kekecohan yang berlaku petang semalam. "Seramai 482 adalah lelaki dan 30 wanita, selebihnya kanak-kanak serta remaja berusia antara 9 hingga 15 tahun.

"Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas proses dokumentasi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Kesemua individu terbabit diberi layanan sebaik mungkin sepanjang dalam tahanan, termasuk disediakan makan dan minum, selain kemudahan berehat serta ruang solat.," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis masih menempatkan pegawai dan anggota di sekitar Dataran Merdeka sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk kemungkinan cubaan mengadakan semula perhimpunan di situ.

"Sehingga jam 2 petang tadi, keadaan di lokasi tenang dan terkawal, kita masih memantau perkembangan di sana dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut menafikan khabar angin kematian pegawai dan anggota polis dalam usaha mengawal kekacauan di sekitar ibu negara kelmarin, kecuali dua anggota polis yang mengalami kecederaan serius dan masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Cuma, ada seorang anggota kita yang meninggal dunia pada hari perhimpunan diadakan, namun kematiannya tiada kaitan langsung dengan Ops Aman yang dijalankan.

"Allahyarham Sarjan Zaini Nawawi, 53, dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meninggal dunia akibat sesak nafas ketika rondaan biasa di Bukit Bintang dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang Selangor semalam," katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dalam satu kenyataan semalam memaklumkan seramai 113 mangsa menerima rawatan di hospital susulan perhimpunan itu kelmarin, dengan 11 daripadanya adalah anggota polis yang mengalami kecederaan.

"Seramai 13 mangsa dimasukkan ke hospital. Sejumlah 116 petugas perubatan ditempatkan di lapangan, manakala 60 lagi di hospital," katanya.

Di PUTRAJAYA, tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang dan penganjur BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya kerana gagal mengawal penyokong yang bertindak ganas.

Laporan itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (PERBAK Malaysia) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dibuat kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Lagi berita mengenai rusuhan BERSIH, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

0 ulasan:

Catat Komen