Jumaat, 27 April 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Pemaju curi air RM2.1j

Posted: 26 Apr 2012 01:48 PM PDT

KUALA SELANGOR: Perbuatan tidak bertanggungjawab pemaju perumahan Alam Perdana, Puncak Alam, di sini, yang disyaki menjalankan kegiatan mencuri air membabitkan nilai kerugian RM2.1 juta melalui penyambungan haram sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila diserbu, semalam.

Serbuan jam 2 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya menyerbu kawasan perumahan berkenaan selepas menerima aduan penduduk sekitar mengenai masalah tekanan air rendah.

"Pada Februari dan Mac lalu, Syabas mengesan kehilangan air yang tinggi berbanding waktu biasa di kawasan berkenaan.


"Hasil siasatan lanjut Syabas mendapati wujud satu sambungan haram tanpa melalui meter menggunakan paip bersaiz 750 milimeter dan ia dikawal dengan injap bagi membangunkan projek perumahan terbabit," katanya ketika ditemui di tempat serbuan di sini, semalam.


Abdul Halem berkata, pemaju terbabit melakukan kesalahan mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006 dan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Siasatan awal mendapati air daripada penyambungan tidak sah itu dipercayai digunakan untuk kegunaan operasi harian pemaju bagi kerja pembersihan di kawasan perumahan baru yang terdiri daripada 1,116 rumah teres satu dan dua tingkat.


"Selain itu, kami menjalankan ujian klorin bagi mengenal pasti sama ada air yang digunakan air terawat milik Syabas," katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kes kecurian air dan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.


"Aktiviti membanteras kegiatan curi air ini giat dijalankan Syabas dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna air sama ada individu atau pun syarikat yang masih gagal untuk mendaftar diri secara sah dengan kami.


"Tiada seorangpun melainkan pemegang lesen boleh membuat sambungan ke suatu sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan.


"Sekiranya mempunyai aduan boleh melaporkan terus kepada pihak Syabas melalui talian bebas tol Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam atau menghantar ke khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL ke 39222 atau membuat laporan terus menerusi laman sesawang Twitter dengan menaip www.twitter.com/puspel", katanya.

‘Peragut tendang saya’

Posted: 26 Apr 2012 12:58 PM PDT

PUTRAJAYA: "Saya ditumbuk di muka dan ditendang dari belakang," kata penjawat awam, Sakinah Abdul Aziz, 32, yang menjadi mangsa ragut seorang penjenayah di kawasan parkir kereta bawah tanah Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini.

Dalam kejadian pada jam 3 petang Selasa lalu itu, mangsa yang mengerang kesakitan dan terpinga-pinga selepas ditumbuk cuba bertahan serta nekad melawan mempertahankan dirinya.


Namun, katanya, penjenayah terbabit lebih cepat bertindak, malah selepas mencederakannya lelaki terbabit menyentap gelang emas dipakainya sebelum melarikan diri. "Sebelum kejadian itu saya sudah menghidupkan enjin kereta di parkir berkenaan untuk ke Klinik Kesihatan Presint 9, di sini, bagi menetapkan tarikh temu janji untuk melakukan fisioterapi. Kemudian, teringat mengenai buku temu janji, tetapi saya dapati ia tiada dalam kereta.

"Saya matikan semula enjin kerana mahu ke pejabat untuk mendapatkan buku berkenaan. Saya tinggalkan beg dalam kereta dan hanya bawa kunci serta telefon bimbit.


"Ketika menaiki tangga menuju ke laluan pintu keluar dari kawasan parkir, tiba-tiba tudung saya ditarik dari belakang. Saya ingat orang nak rogol sebab selepas tarik tudung dia raba leher. Saya tepis, tetapi muka pula ditumbuknya," katanya ketika menceritakan kejadian itu di sini, semalam.


Ibu empat cahaya mata itu berkata, akibat kejadian berkenaan dia kerugian kira-kira RM4,000, selain cedera dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk melecet di tangan kanan, gusi pecah, muka bengkak, gigi goyang dan lututnya bengkak.

Sementara itu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


"Kami masih menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini tiada tangkapan dibuat," katanya.


0 ulasan:

Catat Komen