Isnin, 23 April 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

Posted:

Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI dan MALIA SURIP
berita@kosmo.com.my

ZAHIDA


KUALA LUMPUR - Setelah menjadi sasaran di blog-blog hiburan tanah air, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada seorang selebriti, Zahida Mohamed Rafik.

Shafie dalam satu kenyataan tiga perenggan semalam menegaskan, laporan polis mengenai perkara itu yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu dengan menteri itu bertarikh 13 Mac 2012 adalah tidak benar.

Menurut beliau, semua yang tertera dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu lain yang menyebarkan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata Shafie.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

ESQ akur rungutan bekas peserta

Posted:

ESQ akur rungutan bekas peserta

ESQ akur rungutan bekas peserta

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my

MUSTAFA bersama ahli-ahli panel syariah Emotional and Spiritual Quotient Leadership Training pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Syarikat pengendalian program motivasi Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training bersetuju mengubah keseluruhan istilah yang digunakan ke atas modul latihan ESQ 165.

Pengerusi Panel Syariah ESQ, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, pengubahsuaian itu dilaksanakan bagi mengelakkan keraguan orang ramai berhubung istilah yang digunakan sepanjang mengikuti program tersebut.

"Timbul beberapa keraguan istilah digunakan ketika sesi program motivasi dan kandungan di dalam buku. Benda itu tidak dikatakan salah tetapi kita ubah supaya makna yang ingin disampaikan jelas," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isu pendapatan rakyat sentiasa dipelihara

Posted:

Isu pendapatan rakyat sentiasa dipelihara

Isu pendapatan rakyat sentiasa dipelihara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, pelaksanaan kos sara hidup di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah cara bagaimana beliau memastikan bahawa isu pendapatan rakyat dipelihara.

Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah diperkenalkan untuk membantu rakyat di bawah NKRA terutamanya golongan miskin dan kaum buruh dalam meringankan beban kewangan mereka dan sebanyak RM36.7 bilion telah dibelanjakan untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat dari tahun 2010 hingga 2011.

"Rakyat Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tidak harus dihukum dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh itu, dalam bekerja keras untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kerajaan yang saya ketuai ini tidak akan menjejaskan kepentingan golongan miskin dan buruh.

"Saya akan melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya terhadap rakyat melalui proses transformasi," kata beliau dalam entri terbaharu blog, www.1Malaysia.com semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat supaya terus bersama beliau dan berganding bahu untuk mengubah negara ini ke arah yang lebih makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan