Rabu, 18 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Taman Agropelancongan UMK

Posted:

Taman Agropelancongan UMK

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


PROF. Dr. Raduan Che Rose (depan, sembilan dari kiri) bergambar bersama warga UMK selepas Majlis Perutusan Naib Canselor UMK 2012 di Dewan Terbuka Keusahawanan, kampus universiti itu di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 17 April - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan membina sebuah Taman Agro-Pelancongan dalam tempoh dua tahun lagi di kampus UMK Bachok dengan penyertaan pihak industri dan korporat.

Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, projek itu akan turut berfungsi sebagai sebuah tapak pembelajaran keusahawanan dan inkubator pertanian bagi mahasiswa UMK menimba pengalaman menguruskan sebuah taman agro berskala besar.

Jelasnya, kampus UMK Bachok mempunyai keluasan tanah yang sangat luas iaitu lebih 311 hektar dan hanya 20 hektar sahaja digunakan untuk fasiliti akademik.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Politeknik Jeli jayakan projek cili fertigasi

Posted:

Politeknik Jeli jayakan projek cili fertigasi


SEBAHAGIAN pelajar Politeknik Jeli bergambar di lokasi Projek Tanaman Cili Secara Fertigasi Politeknik Jeli di Kampung Joh Labok, Machang, Kelantan, baru-baru ini


TANAH MERAH 17 April – Politeknik Jeli terus mengorak langkah dalam bidang keusahawanan agrotek dengan melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi berskala besar di Kampung Joh Labok, Machang, dekat sini mulai tahun ini.

Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail berkata, pelaksanaan projek tersebut bertujuan memberi ilmu pengetahuan, mendidik serta mendedahkan para pelajar Politeknik Jeli dalam bidang agrotek yang juga merupakan bidang keutamaan politeknik tersebut.

"Projek ini adalah lanjutan daripada program keusahawanan tanaman cili Centil secara fertigasi di atas bumbung bangunan kampus sementara Politeknik Jeli di Taman Kota Harmoni, di sini yang kami mula laksanakan tahun lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

34 pelajar KPTB KB sertai eksplorasi Gua Tempurung

Posted:

34 pelajar KPTB KB sertai eksplorasi Gua Tempurung


SEBAHAGIAN pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu yang menyertai Aktiviti Ekplorasi Gua Tempurung, Gopeng, Perak, baru-baru ini.


KOTA BHARU 17 April – Seramai 34 pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu (KPTM KB) bersama dua pensyarah pengiring, menempuh cabaran berliku apabila menyertai Aktiviti Eksplorasi Gua Tempurung, Gopeng, Perak dari 6 hingga 7 April lalu.

Program selama dua hari satu malam itu bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan pelajar semester dua Diploma Sains KPTM KB, selain merapatkan tali silaturahim sesama mereka.

Pensyarah pengiring, Shahrul Nidzam Rozali berkata, sepanjang dua hari berkampung di situ, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji kekuatan fizikal seperti kembara waktu malam, meredah hutan, menyeberangi paya dan meneroka kawasan gua tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan