Sabtu, 28 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Mahkamah larang berhimpun

Posted: 27 Apr 2012 12:36 PM PDT

MukaDepan

PELANCONG tidak melepaskan peluang bergambar di Dataran Merdeka, semalam.

PELANCONG tidak melepaskan peluang bergambar di Dataran Merdeka, semalam.

Majistret perintah Ambiga, penganjur jauhi Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah melarang Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan dan penganjur Perhimpunan BERSIH 3.0 berhimpun di Dataran Merdeka mulai hari ini hingga 1 Mei depan.

Perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zuber itu turut melarang orang awam menyertai perhimpunan yang dijadualkan antara jam 2 hingga 4 petang hari ini sehingga tempoh ditetapkan itu, mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.

Ini membabitkan soal keselamatan dan polis akan bertindak mengikut bidang kuasa mereka, selain peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2011. Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur atau keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam. - Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Berikutan permohonan Ketua Polis Daerah Dang Wangi itu, mahkamah mendapati perlu satu tindakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gempar jika perhimpunan itu diadakan.

Perintah itu dikeluarkan selepas permohonan BERSIH mendapatkan kebenaran menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Undang Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Kawasan larangan adalah sempadan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki Kelab Diraja Selangor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, berkata perintah mahkamah itu jelas menunjukkan sebarang aktiviti perhimpunan yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya dalam tempoh itu adalah perhimpunan haram.
Katanya, polis dan penguatkuasa DBKL akan mengadakan kawalan ketat di kawasan larangan berkenaan.

"Jika ada pihak berdegil dan melanggar sebarang arahan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali selain tindakan mengikut undang-undang sedia ada jika mereka melakukan perarakan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Bagaimanapun, Ambiga ketika mengulas perintah larangan itu berkata, mereka akan tetap meneruskan perhimpunan itu.

Katanya, perhimpunan itu akan berlangsung seperti dirancang dengan semua peserta berkumpul di enam lokasi sekitar ibu negara sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika mengulas perkara itu, berkata sebarang tindakan yang bakal diambil polis berhubung perhimpunan berkenaan bergantung kepada situasi semasa malah persediaan rapi sudah dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Ini membabitkan soal keselamatan dan polis akan bertindak mengikut bidang kuasa mereka, selain peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2011. Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur atau keadaan yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Banyak pengalaman kita peroleh ketika mengendalikan perhimpunan sama tahun lalu. Ia banyak membantu kita membuat persiapan kali ini, termasuk persediaan menghadapi kritikan dan pertikaian yang bakal timbul di sebalik tindakan kita dalam mengendalikan perhimpunan esok," katanya kepada wartawan di Bukit Aman, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan sudah berusaha sebaik mungkin dalam menawarkan penyelesaian termasuk menyediakan empat lokasi alternatif iaitu Stadium Merdeka, Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Cheras dan Stadium Titiwangsa, namun ditolak penganjur yang berkeras mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

"Siapa sekarang ini yang bersikap tidak munasabah, malah kita percaya di sebalik semuanya ini, pasti ada motif politik tersembunyi. Kerajaan sudah beri ruang dan peluang secukupnya... kita sudah mansuhkan Akta Kediaman Terhad, Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan gubal Akta Perhimpunan Aman 2011 bagi memenuhi kehendak mereka... apa lagi yang mereka mahukan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mai

rasanya klu bg je diorg buat kat dataran (secara duduk) mcm xkan ada masalah sbb sama je mcm kita gi jom heboh..

aman damai

mungkin kerajaan terlalu berlembut dalam menangani perangai buruk mereka ni, sbb e2 nak diadakan bersih 3,nnti ada lagi bersih 4,5,6,....klau nk bersih sangat....bersihkan dulu akhlak para pemimpin mereka 2....baru la dikatakan bersih......hua ha ha ha

Luqman

Bersih apa kah bendanya, penganjur saja sudah kotor dangan sex bebas yang di perjuangkan. Berhimpun saya rasa tiada masalah, himpun lah 2 atau 3 juta orang atau lebih, janji aman, tapi perhimpunan BERSIH saya rasa menimbulkan kekacawan, sbb tu tak di buat di stadium. Maka terjerit terlolonglah pengikut-pengikut ambiga macam orang ilang akal, anwar mesti suka melihat keadaan itu sebab dia akan muncul sebagai hero penyalamat konon-kononnya. Maka direkanya cerita yang menuduh SPR tak adil dan bersih, maka pengikut-pengikutnya akan percayalah, maka terjadilah pemberontakan yang akan merugikan negara.

Sudin

Selama ni pengundi sume tak betul ke? Maknanya, Selama ni pembangkang menang pon tak betul la

man putra

Bersih ini merosakkan pemikiran dan hati rakyat malaysia. Tindakan keras dan tegas harus diambil.. Asyik beri amaran menteri KDN tiada kesudahannya.. Menyusahkan rakyat.. dari Pencinta keamanan.

ibrahim bin ahmad

بسم الله الرحمن الرحيم
MasyaAllah
Ya Allah aku bermohon kepada MU supaya diriku, keluargaku, sahabatku, jiranku, kampungku, negeriku dan negaraku dihindari dari perbuatan yang mungkar dan mengamal perbuatan yang baik serta berilah kami petunjuk jalan yang lurus, اهدنا الصر ط المستقيم , mempunyai sifat terpuji, amanah, tabligh serta berilah kamu kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat. امين

azam

Berhati-hati yang kita minta atas dasar "hak asasi manusia". Jangan jadi penghianat bangsa. Kalau negara dah hura hara betul menyesal tak berguna. Makan ubi kayu je..itu pun nasib la...kalau masih hidup. Jangan guna agama memutarbelitkan...Guna akal yang waras..

morshidi bin haji ona

Kesian Malaysia kerana melahirkan RAKYAT yang tak kenang BUDI.Betapa susah nak dapatkan KEMERDEKAAN.

saffie

Kalau kerajaan bersungguh membersihkan nama pengundi yang merangui, perhimpunan ini tidak akan berlaku.

Roney Hai

Apabila orang ini telah buta hati.... maka segala-galanya tidak menampakkan kebaikkan.. kita doakan semoga orang ini mendapat ganjaran setimpal dengan perbuatannya menyusahkan ramai orang lain.... Amin

Teh Aneesoraya

setuju dengan tindakan yang diambil kerajaan,segala perhimpunan ini tidak perlu,selama ini rakyat telah hidup aman dan damai,sepatutnya kita kekalkan dan pertahankan ,bukan memalukan negara di mata dunia....

md najib

untuk menjamin keselamatan negara dan ketnteraman awam serta mendapat keyakinann rakyat kementerian wajib melaksanakn hukumann yang setimpal termasuk buangb negeri
rakyat


TLDM perangi along

Posted: 27 Apr 2012 12:29 PM PDT

MukaDepan

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi tempoh sebulan kepada pegawai dan anggotanya untuk melaporkan masalah kewangan kepada ketua masing-masing berikutan masalah ceti haram atau along yang semakin menular dalam pasukan itu.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata jika gagal, pegawai dan anggota berkenaan akan berdepan tindakan tatatertib.

Katanya, arahan itu bertujuan membendung masalah pinjaman daripada along yang boleh menjejaskan imej pasukan itu.

Kita mempunyai pelbagai platform dan alternatif lain untuk mengatasi masalah kewangan mereka. Antaranya, Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Koperasi ATM untuk membantu warganya yang kesempitan wang. - Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima TLDM

"Sebagai organisasi bertanggungjawab, saya akan pastikan semua anggota dan pegawai saya tidak membuat pinjaman daripada along, sebaliknya mengadu masalah mereka kepada ketua masing-masing untuk mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Daftar Pegawai dan Pesara TLDM dan Penyerahan Sijil Institut Latihan Maritim (ILM) sempena Hari TLDM ke-78 di Pangkalan TLDM di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Datuk Ahmad Othman.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan mengarahkan ketua unit masing-masing meningkatkan pemantauan terutama di kawasan yang dikenal pasti sering dikunjungi pegawai atau anggota TLDM yang berurusan dengan ceti haram.

"Jika didapati mereka melakukan perbuatan itu, individu terbabit akan ditangkap dan seterusnya akan dituduh. Saya turut menerima aduan, ada along yang memegang kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) anak buah saya semata-mata untuk urusan pinjaman berkenaan.
"Pernah satu ketika, seorang along mengendalikan lapan peminjam terdiri daripada anak buah saya. Jadi, saya tidak akan membiarkan perkara ini terus berlaku dan TLDM akan melancarkan 'peperangan' terhadap along," katanya.

Beliau berkata, TLDM akan bekerjasama dengan institusi kewangan sebagai usaha membantu pegawai dan anggota TLDM melunaskan bayaran pinjaman yang sudah dibuat.

"Kita mempunyai pelbagai platform dan alternatif lain untuk mengatasi masalah kewangan mereka. Antaranya, Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Koperasi ATM untuk membantu warganya yang kesempitan wang.

"Saya tidak menafikan masalah itu adalah disebabkan kelemahan warga TLDM sendiri yang tidak bijak menguruskan kewangan. Bagaimanapun mereka sepatutnya mencari peluang lain untuk mengatasi masalah itu bukannya meminjam dengan ceti haram," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azryaurora

Apa yang suarakan oleh Panglima TLDM adalah suatu yang mesti difikirkan serta dibuat tindakan yang seharusnya.Imej serta nama baik TLDM wajib dijaga dan dipertahankan. Permasaalahan mmengenai kewangan merupakan suatu fenomena yang terjadi kepada semua orang, tetapi penyelasaian untuk mengatasinya perlulah melalui platform yang sebaiknya. banyak institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman, ATM sendiri mempunyai tabung kebajikan yang menjaga warganya dari segi kewangan. Syabas dan tahniah kepada Tan Sri Abdul Aziz Jaafar sebagai Panglima TLDM yang tegas demi menjaga nama baik ATM .


0 ulasan:

Catat Komen