Isnin, 30 April 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Gaji minimum swasta RM900

Posted: 30 Apr 2012 02:18 PM PDT

Nasional

  NAJIB     bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam ketika hadir pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

NAJIB bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam ketika hadir pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Kuat kuasa setahun daripada tarikh diwarta elak bebankan majikan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja hari ini dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Perdana Menteri berkata, kadar itu bersamaan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan. Untuk tidak membebankan majikan dan tidak merugikan pekerja, katanya, kerajaan menyediakan mekanisme pelaksanaan dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Beliau berkata, kadar gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik termasuk pembantu rumah dan tukang kebun.

Tarikh kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

"Bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan sepenuhnya supaya perniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
"Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum dalam masa enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Najib berkata, pemberian tempoh itu untuk memberi masa mencukupi supaya majikan membuat persediaan menstruktur semula gaji pekerja dan operasi perniagaan.

Katanya, kerajaan juga turut menyediakan mekanisme pelaksanaan yang anjal supaya majikan yang tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon tempoh lanjutan.

Beliau berkata, kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

"Namun untuk permulaan, seperti syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi kerana kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ninja

bagaimana pula dengan kenaikan gaji badan berkanun seperti telekom dan tnb?

jack

sabah sarawak rm800 berbanding rm900 di semananjung... sementara kos sara hidup d sabah lebih tinggi berbanding d semananjung....


Guru mesti terlebih dulu kuasai BI

Posted: 30 Apr 2012 02:14 PM PDT

Nasional

 MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.

Semangat Maktab Kirkby dapat lonjak penguasaan bahasa Inggeris: TPM

CYBERJAYA: Tiada kaedah pengajaran yang lebih berkesan melainkan guru menguasai bahasa Inggeris terlebih dulu sebelum berdepan dengan pelajar bagi mengajar bahasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kaedah diguna pakai pada 1950-an yang mana guru dihantar ke Maktab Kirkby, England untuk belajar daripada tenaga pengajar yang juga penutur jati bahasa Inggeris ternyata dapat melahirkan guru yang menguasai bahasa itu dengan cemerlang.

Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Katanya, guru pelatih di Maktab Kirkby ketika itu berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selama dua tahun dengan penutur jati, selain mempelajari budaya mereka yang menjadi asas kepada pembentukan budaya berbahasa Inggeris.

"Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara.

"Saya yakin semangat Maktab Kirkby dapat memainkan peranan dalam melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih dan masyarakat umum di sini," katanya ketika berucap merasmikan Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut melancarkan buku bertajuk Warisan Maktab Kirkby sempena majlis itu. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah KIC, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim dan Presiden KIC, Bismillah Khatoon.
Bangunan KIC yang dibina dengan kos RM54 juta itu menempatkan 1,030 pelajar termasuk kira-kira 1,000 pelajar lepasan diploma yang kini mengikuti Program Pensiswazahan Guru, selain 126 pelajar lepasan sekolah menengah yang kini mengikuti Program Latihan Perguruan Peringkat Ijazah Pertama.

Muhyiddin berkata, tokoh guru seperti Yahya, yang juga Alumni Maktab Kirkby, wajar memanfaatkan kelulusan dan pengalaman luas beliau serta rakan seangkatannya untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan tenaga pengajar di sini.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM) turut menyumbang cadangan dan pemikiran dalam Dialog Kebangsaan Kajian Semula Pendidikan yang beliau lancarkan kelmarin, menjurus kepada aspek khusus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.

Katanya, walaupun bahasa Inggeris diletakkan di tempat kedua selepas bahasa Melayu, kerajaan tetap mengiktiraf kepentingan usaha memastikan rakyat menguasai bahasa antarabangsa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan