Rabu, 18 April 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Kuasa RELA ditarik

Posted: 17 Apr 2012 12:25 PM PDT

MukaDepan

Rang Undang-Undang RELA 2012 dibentang untuk penambahbaikan

  • Gugur hak bawa senjata api
  • Tak boleh buat tangkapan
  • KUALA LUMPUR: Kuasa membawa senjata api, menahan dan memeriksa serta menangkap individu disyaki pengganas atau pendatang tanpa izin yang diperuntukkan kepada 2.94 juta anggota RELA akan digugurkan apabila Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA 2012) dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

    Hishammuddin berkata, akta baru itu juga menggariskan peranan dan tugas khusus RELA yang tidak lagi tertumpu kepada operasi membabitkan pendatang tanpa izin tetapi diperkasa kepada usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA, rondaan 1Malaysia, rondaan bersama polis dan terbabit dengan operasi aman oleh agensi kerajaan.


    Rang undang-undang itu turut menetapkan had minimum umur menyertai RELA dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, selain anggota perlu memperbaharui keahlian setiap lima tahun sebagai langkah mengenal pasti ahli aktif.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan kepada akta baru itu akan dijadikan sebagai standard pelaksanaan operasi dalam tugasan harian seperti rondaan kawasan selain membendung salah laku dan kuasa oleh anggota RELA.

    Katanya, penggubalan akta itu bukan saja bagi memastikan badan itu terus relevan dengan tuntutan semasa malah sejajar dengan aspirasi rakyat yang mahu penambahbaikan dalam badan sukarelawan itu.
    Rang undang-undang RELA 2012 dijangka dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bagi menggantikan Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat 1964 Pindaan 2005 yang akan berhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 selepas penarikan balik Proklamasi Darurat 1969.

    Hishammuddin berkata, RELA adalah aset yang tidak boleh dipandang remeh dan akan mempunyai skop tugas baru merangkumi usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).

    "Dengan pemansuhan Ordinan Darurat, kita melihat RELA berperanan strategik dan penting (termasuk pemupukan perpaduan kaum)," katanya di Parlimen, semalam.

    Hishammuddin berkata, akta baru itu juga menggariskan peranan dan tugas khusus RELA yang tidak lagi tertumpu kepada operasi membabitkan pendatang tanpa izin tetapi diperkasa kepada usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA, rondaan 1Malaysia, rondaan bersama polis dan terbabit dengan operasi aman oleh agensi kerajaan.

    Anggota RELA juga akan ditempatkan untuk mengawal keselamatan di sasaran penting kerajaan seperti stesen jana kuasa, pusat telekomunikasi, lapangan terbang kecil di Sabah dan Sarawak, selain menjaga keselamatan di 14 depoh tahanan sementara pendatang tanpa izin.

    Katanya, penggubalan akta itu juga akan menetapkan keperluan latihan kepada anggota RELA dan mengutamakan aspek kebajikan pihak terbabit.

    "Latihan ini juga untuk pastikan anggota RELA tak dieksploitasi dan lari daripada agenda nasional kerajaan," katanya.

    Menerusi peruntukan akta itu juga, Ketua Pengarah RELA boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan RELA atas keperluan penugasan, memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri melantik ahli kehormat dan bersekutu RELA, keperluan membayar elaun anggota, pemberian uniform dan kuasa mengubah haluan motor.

    INFO: Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012

  • Tugas setiap pegawai dan anggota RELA:
    - membantu pasukan atau pihak berkuasa keselamatan apabila diminta.
    - memberi bantuan mengawal dan mengubah haluan kenderaan bermotor.
    - mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat.
    - membantu melindungi bangunan atau harta lain milik Kerajaan Persekutuan, - menjalankan perintah dan arahan dikeluarkan Ketua Pengarah selaras peruntukan Akta ini.
  • Pendaftaran sebagai anggota RELA:
    - berumur 18 tahun dan ke atas
    - warganegara
    - bukan anggota angkatan tentera/pasukan/skim sukarelawan
  • Tempoh pendaftaran setiap anggota RELA selama lima tahun dan boleh dilanjutkan oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa.
  • Majikan wajib memberi cuti untuk anggota RELA menjalani latihan, tidak lebih 10 hari pada satu-satu masa.
  • Majikan dilarang membuang pekerja atas alasan menjalani latihan RELA.
  • Anggota RELA bertugas dibayar elaun ditentukan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
  • Mana-mana orang yang menghalang atau cuba/membantu menghalang sesiapa mendaftarkan diri dalam RELA atau melaksanakan tugas/kuasa sebagai anggota RELA, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
  • Sebarang penyamaran sebagai pegawai/anggota RELA adalah kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
  • Pegawai atau anggota RELA yang berhenti hendaklah mengembalikan pakaian seragam dan kelengkapan dibekalkan kepadanya, dalam tempoh 14 hari.
  • Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan setiap anggota RELA ketika menunaikan tugas hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan (Akta 574).
  • Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, pegawai dan setiap anggota RELA.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Din

    Bagi saya kuasa rela menangkap /memeriksa penjenayah dan pendatang asing patut dikekalkan sebab jika sekiranya ada penjenayah dikampong-kampong tak akan kita tunggu dulu polis menangkapnya sebab penjenayah biasa nya amat pantas melarikan diri.fikir-fikirkan lah..

    karl039

    tak paham la sgt kenape org benci sgt pdrm. buat salah tak buat pun salah. bagus kerajaan. abaikan je suara2 sumbang tu. RELA mmg asalnye sukarelawan jd tak perlu la nk beri kuasa lebeh. kalu ade senapang suma takde la beza sgt dengan pdrm. kalu nk sgt pegang senapang n pistol amik kursus polis then jd la polis. kelayakan RELA mmg rendah je - no harm . so berpada2 la skit. nak jd mcm USA ke suma org ade senapang n pistol suke2 ke n senang2 je?

    tak rela aw aw

    kepada anggota2 RELA jangan sedih hati, saya tujukan lagu Relaku Pujuk nyanyian kumpulan Spider...

    yazid

    Kebetulan pula pemansuhan kuasa RELA untuk menahan pendatang tanpa izin ini berlaku sewaktu pilihanraya umum sudah dekat. Jangan sampai menang sorak, kampung tergadai.

    Bang Long

    Penambahbaikan agar institusi rela diperkasakan dengan rang undang2 yang baru ini nampak banyak kebaikannya tetapi bagi saya asas penggunaan senjata harus dikekalkan sebab mereka adalah tulang belakang menjaga keamanan negara. Walau tugas harian tidak menggunakan senjata namun pendedahan alam persenjataan harus dikekalkan.

    Badan Uniform

    lbh baik bubar je terus RELA senang..baru bagi kuasa sikit dh bt hal..perkasakan jabatan badan beruniform yg ada skang ni..

    ali

    paling aku x suke tengok die org siap skru kan logo RELA kat no kenderaan die org, pastu tinted cermin gelap x nampak sape kat dalam.. Ke anggota RELA lebih tinggi jawatan dari HAKIM?..puiiii

    Bunohan

    Tarik diri je la jadi anggota RELA, dah tak Rela dah, sebab seorang negro mati, anggota RELA yg nak mempertahankan maruah wanita tempatan jadi mangsa. Bubarje RELA. Polis & Askar kan ada. Bagi depajela buat kerja semuatu. Askarkan ada 80,000 anggota cukuple tu. Ada orang luar takut dengan anggota tak bersenjata? Fikir2kan le.

    naziran

    jari runcing : badan uniform sediada sentiasa diberi perhatian. patut bersyukur apa yg anda ada skrg berbanding kehidupan dulu. badan sukarela juga sebuah badan sama penting. ianya dapat mengurangkan kos kerajaan (xpyh byr pencen atau gaji tetap) jimat byk tu! satu langkah yg bijak oleh kerajaan!

    naziran

    en nazs : bunyi mcm tak puashati je. jgn mcmtu, setiap keputusan kerajaan mesti ada agendanya. patut bersyukur pasukan rela sentiasa diberi perhatian tak mcm pasukan sukarela lain.

    az

    Ada yg panggil Ahli RELA dan ada yg panggil Angota RELA. Disini terdapat dua macam RELA, mana satu RELA yg nak di panggil. Kalau anggota melambangkan satu pasukan yg berdisplin tinggi... Ahli pula adalah satu kumpulan saperti ahli Keporasi dll. Yg mana satu kita nak gunakan ni......

    ZAINAL ABIDIN MD SAAD

    Tahniah kerana penambahbaikan ini.Tindakan ini adalah untuk membendung salah laku dan ketelanjuran.Kita hendaklah bekerja mengikut "Standard Operating Procedure".Anggota Rela tidak ada hak untuk menggunakan kekerasan, memukul apatah lagi menembak!!

    penjawat awam

    setuju sgt...mereka ni banyak salah guna kuasa...simpan gari sesuka hati...tahan org mintak ic sesuka hati...biar la mereka ni sekadar menjadi bantuan agensi lain jika diperlukan...seperti polis dan imigresen semasa membuat tugas.....lebih baik memperkasakan JPAM..sbb mereka ni jabatan...

    prettyugly

    memang patut sangat-sangat la tugas RELA ditambahbaikan....

    Lang Buana

    Rang undang-undang RELA 2012 sedikit sebanyak akan memberi perubahan dan titik permulaan dalam pasukan RELA agar lebih relevan dan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya...

    JARI RUNCING

    ELOK LAH TU.. BAIK PULIH DULU BADAN BERUNIFORM SEDIA ADA.. BUKAN BAIK PULIH SUKARELAWAN..

    arzahari bin rusni

    ramailah anggota rela tarik diri....

    ezani

    Jgn.pulak masuk rela ada agenda peribadi guna senapang buat tembak segala unggas yg. ada di kampung dan hutan,dan takutkan org.dgn senapang?

    Roti Planta

    Anggota RELA perlu ditugaskan (dengan elaun) sebagai Pegawai Keselamatan di pejabat-pejabat kerajaan terutama hospital dsb. Amat sukar untuk berkomunikasi dengan Pegawai Keselamatan daripada Bangladesh dan Nepal seperti sekarang. Kita perlu mengelak 'pendatang/pekerja asing untuk menjadi pegawai keselamatan' kita, lebih-lebih lagi mereka tidak terlatih dan mempunyai masalah komunikasi. Dengan mengoptimunkan tugas RELA maka kita dapat mengurangkan penggantungan kepada pendatang asing.

    nazs

    sbb ada kes anggota Rela pukul negro sampai mati,hampir 3juta anggota Rela lain terima akibat.Negro yg timbulkan masalah, Rela dpt bala. eloklah tu kerajaan Malaysia. Teruskan. Lepas ni kena harapkan PDRM sahaja lah utk jaga keamanan. Jaga trafik pon PDRM, jaga keselamatan pemimpin pon PDRM...eloklah


  • Bekas datuk bandar antara cadangan calon BN

    Posted: 17 Apr 2012 12:18 PM PDT

    MukaDepan

    KUALA LUMPUR: Ahli akademik, bekas Datuk Bandar, tokoh perbankan dan ahli korporat adalah antara 'orang luar' yang dicadangkan beberapa bahagian UMNO sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

    Turut dicadangkan pemimpin NGO, pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pegawai kanan kerajaan sedang bertugas dan beberapa bekas penjawat awam yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan.

    Sumber Barisan Nasional (BN) negeri Perak berkata, sekurang-kurangnya tiga pegawai kanan kerajaan yang kini memegang jawatan pengarah di negeri dan Pusat antara mereka yang berpotensi diletakkan sebagai calon BN.

    Setiap keputusan tentunya bersebab, oleh itu yang penting setiap parti komponen perlu memainkan peranan dengan mengemukakan senarai calon paling layak untuk memikul tanggungjawab besar ini. Penelitian rapi dibuat dalam memilih calon Parlimen dan DUN kerana BN mahu memastikan calon mampu berkhidmat dan melaksanakan tugas dengan berkesan untuk rakyat. - Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agung BN.

    "Mereka kini memegang jawatan pengarah serta berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya semalam.

    Beberapa bahagian UMNO di Negeri Sembilan pula dikatakan mencadangkan tokoh korporat yang memegang jawatan tinggi sebuah bank dan seorang wanita yang juga aktivis pertubuhan belia.

    Di Sabah pula, beberapa muka baru daripada golongan profesional, seorang wanita berlatar belakang perundangan dan aktif dalam NGO tempatan, seorang bekas Datuk Bandar serta pegawai daerah antara yang dicadangkan bertanding kerusi DUN.

    Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu, berkata berdasarkan senarai yang diterima memang ada yang mencadangkan pemimpin NGO yang menyokong kerajaan, manakala sektor korporat pula membabitkan pengurusan kanan GLC serta beberapa bekas penjawat awam yang pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan.
    Beliau berkata, trend berbeza kali ini menunjukkan keterbukaan beberapa bahagian UMNO, sekali gus membuktikan semangat untuk memastikan kemenangan BN amat tinggi.

    Katanya, matlamat perjuangan UMNO dan BN untuk membela nasib rakyat dapat dicapai jika semua kepemimpinan bahagian bersikap terbuka dan menolak kepentingan diri.

    Bagaimanapun, katanya, nama yang diserahkan itu akan melalui proses saringan membabitkan pelbagai aspek bagi memastikan ia memenuhi kriteria yang dikehendaki kepemimpinan parti.

    "Ada juga bahagian yang menyerahkan sehingga 20 nama, walaupun kita hanya minta tiga saja. Bilangan calon yang banyak tidak menjamin individu yang disenaraikan dipilih kerana mungkin semua yang disenaraikan itu tidak memenuhi kriteria," katanya.

    Beliau juga menjelaskan, Datuk Seri Najib Razak berhak menolak nama calon yang dikemukakan parti komponen BN jika tidak memenuhi ciri serta kriteria calon boleh menang dan tiada siapa boleh mempertikaikan keputusan muktamad Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

    "Setiap keputusan tentunya bersebab, oleh itu yang penting setiap parti komponen perlu memainkan peranan dengan mengemukakan senarai calon paling layak untuk memikul tanggungjawab besar ini. Penelitian rapi dibuat dalam memilih calon Parlimen dan DUN kerana BN mahu memastikan calon mampu berkhidmat dan melaksanakan tugas dengan berkesan untuk rakyat," katanya.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan