Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


DUN Bukit Baru kian berkembang

Posted:

DUN Bukit Baru kian berkembang

DUN Bukit Baru kian berkembang

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Rumah Melaka di Bukit Baru sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. - Utusan/Gaie Uchel


MELAKA 16 April - Tidak banyak maklumat terperinci mampu disingkap dari sudut sejarah pembukaan kawasan Bukit Baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat Bandaraya Melaka.

Berdasarkan sejarah ketika era penjajahan Inggeris, pemerintah ingin membangunkan sebuah kawasan di atas bukit sebagai penempatan pegawainya.

Pemerintah Inggeris ketika itu terus menamakan sekitar kawasan bukit yang turut menempatkan Sekolah Tinggi St. David itu sebagai Bukit Baru.

Lama-kelamaan kawasan Bukit Baru semakin meluas hingga terbukalah beberapa penempatan lain yang mempunyai pelbagai nama tetapi termasuk dalam kawasan Bukit Baru.

Apabila DUN Bukit Baru wujud ekoran persempadanan semula kawasan itu pada 2004, ia diletakkan di bawah Parlimen Bukit Katil dan dikuasai Barisan Nasional (BN) sejak tarikh tersebut hingga kini.

Sejak itu juga, Bukit Baru semakin pesat membangun dan kebelakangan ini menjadi tumpuan dengan segala prasarana dan infrastruktur wujud bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

Kedudukannya di pinggir bandar raya Melaka menjadikannya lokasi sesuai untuk pelbagai aktiviti dengan segala kemudahan lengkap terdapat di sini.

Segala pembangunan dilaksanakan di kawasan ini yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,000 terdiri daripada berbilang kaum dan agama membolehkan kawasan tersebut berkembang pesat dan hasilnya dinikmati oleh penduduk.

Melihat kepada perkembangan terkini, Bukit Baru bakal menjadi bandar baru moden seperti Kota Laksamana, Ayer Keroh, Melaka Raya dan Banda Hilir.

Kemudahan awam yang terdapat di Bukit Baru boleh dikatakan mencapai 100 peratus seperti bekalan air, elektrik, jalan raya berturap, pusat perniagaan, pusat pentadbiran dan sebagainya.

Selain kemudahan elektrik dan kemudahan asas lain turut diberi perhatian termasuk pembinaan sekolah, masjid dan surau di kawasan-kawasan penempatan baru yang dibuka di DUN ini.

Di bawah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua Menteri, pembangunan yang ketara di Bukit Baru dapat dirasai sejak 2006.

Tidak hairanlah sebanyak 29 taman perumahan baru wujud di bawah tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada 2008.

Tujuh JKKK adalah Bukit Baru Dalam, Kampungku Sayang, Bukit Baru, Bukit Katil, Bukit Beruang, Bukit Pulau dan Paya Ikan.

Empat buah masjid pula dibina di DUN ini iaitu tiga daripadanya baru dibina dengan pelbagai kemudahan moden dan terbaru Masjid Saidina Ali di Bukit Katil yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

Kerajaan negeri turut membina 15 buah surau di setiap JKKK bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin rancak sejak kebelakangan ini.

Dari segi pendidikan pula terdapat tiga buah sekolah menengah kebangsaan, empat sekolah rendah jenis kebangsaan dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) wujud di sini.

Selain itu kemudahan lain yang terdapat di Bukit Baru untuk keselesaan penduduk adalah perkhidmatan jalur lebar yang liputannya mencapai 100 peratus, Wifi di Sekolah Tinggi St. David dan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Palembang dan kemudahan 3G.

Bukit Baru berada di bawah pentadbiran dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Selain itu, pertambahan penduduk dan kewujudan pusat perniagaan serta pusat pentadbiran menjadikan kawasan itu hidup kerana kedudukannya yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.

Bukit Baru juga dibangunkan sebagai zon kediaman selesa yang dilengkapi dengan infrastruktur sosial dan memenuhi segala prinsip pembangunan bandar mapan.

Rata-rata penduduk di DUN ini pula sama ada bekerja sebagai kakitangan awam, sektor swasta atau menjalankan perniagaan sendiri.

Nikmat pembangunan yang dikecapi ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan pada masa sama mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

Di Bukit Baru juga terdapat pejabat Pendidikan Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Akademi Kastam Diraja Malaysia, Hospital Melaka, Hospital Pakar Pantai, Kem Askar Rejimen 514 di Bukit Beruang, Kompleks Mahkamah, pejabat MBMB dan MPHTJ.

Selain itu, terdapat pusat beli-belah seperti Jaya Jusco dan Melaka Mall.

Lebih menarik, Istana Melaka yang merupakan tempat kediaman Yang Dipertua Negeri berada di kawasan DUN Bukit Baru yang menjadi kebanggaan penduduk setempat.

Rumah Melaka dan Dewan Tun Ali adalah antara dua mercu tanda baru di sini yang menjadi produk pelancongan terbaru.

Dewan Tun Ali adalah dewan paling besar dengan pelbagai kemudahan dibina boleh disewa untuk sebarang majlis keraian seperti majlis makan malam dan sebagainya bagi kegunaan penduduk di sekitar Bukit Baru.

Terbaru dewan tersebut telah menganjurkan Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah Parlimen Bukit Katil dihadiri kira-kira 81,265 orang 10 Februari lalu.

Ia merupakan karnival PIBG teramai pernah dianjurkan di negara ini hingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBR).

Bagi Rumah Melaka pula ia dijadikan sebagai produk pelancongan apabila menempatkan galeri perabot.

Di samping itu beberapa buah hotel penginapan terdapat di sini seperti Beruang Hill, Hotel Kings, Hotel Kancil dan Hotel Hallmark.

Syarikat konsesi diberi amaran

Posted:

Syarikat konsesi diberi amaran

Syarikat konsesi diberi amaran

MELAKA 16 April - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) memberi tempoh tiga bulan kepada tiga syarikat konsesi untuk melantik kontraktor bagi kerja-kerja pembersihan dan mengangkut sampah.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Zaini Md. Nor berkata, tiga syarikat yang diarahkan itu adalah SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), Alam Flora Sdn. Bhd., dan Environment Idaman Sdn. Bhd.

Menurutnya, syarikat terbabit perlu melantik kontraktor bagi meningkatkan mutu dan hasil kerja selari dengan kadar bayaran baharu serta mengikut Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

''PPSPPA tidak mahu tiga syarikat konsesi itu dibebankan dengan kerja yang berganda dan apabila mereka melantik kontraktor, kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

''Lebih penting langkah ini akan memberi peluang kerja kepada kontraktor-kontraktor kecil menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengangkut sampah dan tidak dimonopoli oleh tiga syarikat ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Tandatangan Simbolik Perjanjian antara SWM dengan kontraktor pengurusan pepejal dan pembersihan awam di sini hari ini.

Hadir menandatangani perjanjian itu ialah Pengarah Eksekutif SWM, Dr. Uzir Abd. Malek bersama dua wakil syarikat pengurusan pepejal dan dua wakil syarikat pembersihan awam negeri, Johor dan Negeri Sembilan.

Menurut Zaini, PPSPPA akan mula melakukan pemantauan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh kontraktor yang terpilih bermula hari ini.

2,250 pertubuhan berdaftar aktif di N. Sembilan

Posted:

2,250 pertubuhan berdaftar aktif di N. Sembilan

2,250 pertubuhan berdaftar aktif di N. Sembilan


Abdul Rahman Othman (tengah duduk) bersama penerima sijil penghargaan pada Program Turun Padang JPPM di Kuala Pilah, baru-baru ini.


KUALA PILAH 16 April - Terdapat sebanyak 2,250 pertubuhan yang berdaftar dan berstatus aktif di negeri ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM), Datuk Abdul Rahman Othman berkata, terdapat persatuan yang sudah berusia 50 tahun tetapi masih aktif dan mampu mencari dana sendiri bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Sehingga kini, terdapat lebih 45,000 persatuan yang berdaftar dan aktif di negara ini dengan 2,250 pertubuhan itu wujud di negeri ini," katanya selepas Program Turun Padang JPPM negeri ini di Kuala Pilah, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah JPPM negeri, Eizzat Syuaqi Ahmad.

Beliau memberitahu, program turun padang itu bertujuan meningkatkan jumlah serahan penyata tahunan pertubuhan yang berdaftar di daerah ini.

Katanya, penyata itu penting bagi membolehkan JPPM mengetahui aktiviti dan kedudukan kewangan pertubuhan tersebut.

"Selain itu, kita juga mahu mendapatkan maklum balas daripada pertubuhan tersebut mengenai isu-isu semasa dan perkhidmatan jabatan ini," katanya.

Abdul Rahman turut menyarankan pertubuhan-pertubuhan kecil yang berkaitan bergabung bagi membentuk pertubuhan lebih mantap dan berdaya saing.

Pada program itu juga, beberapa pertubuhan menerima sijil penghargaan daripada JPPM, antaranya Persatuan Hainan Kuala Pilah, Kelab Kong Yee Kuala Pilah dan Pertubuhan Khairat Kematian Kariah Masjid Terusan, Juasseh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan